in

‘Atok’ Dalam Squid Game Ditahan Atas Salah Laku Seksual, Pelakon Nafi Tuduhan

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bintang Squid Game, Oh Young Soo atau lebih dikenali sebagai ‘Atok’ oleh penonton Malaysia telah didakwa atas tuduhan melakukan salah laku seksual.


Pada 25 November, dilaporkan bahawa Pejabat Pendakwa Daerah Suwon Cawangan Seongnam mendakwa Oh Young Soo di atas tuduhan melakukan salah laku seksual. Pelakon popular itu dituduh telah menyentuh bahagian badan wanita tanpa rela pada pertengahan tahun 2017.

20220110000535 0

Pihak polis menerima aduan mangsa pada Disember 2021, dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak atasan pada Februari 2022. Atas permintaan pihak pendakwaan untuk siasatan lanjut, polis telah menemu bual saksi dan meminta pendapat peguam, lalu memutuskan untuk tidak melanjutkan kes itu pada bulan April.

Menurut laporan, mangsa telah merayu agar kes tersebut dibuka semula. Pihak pendakwaan telah menyiasat semula kes itu selepas rayuan diterima. Semasa siasatan dijalankan, Oh Young Soo ada mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut.

1669409786 Aaaaqu6Mds F1Jq2Lhrqxg5Apzyismbfdmlqaofphjoqpljnzs9Auzqzqhjaxqxlj6Zob1Mgzgguuyp9Nntc8Qaxhvjqfc1Myyenfnshsi0E5Pwsv9Q4Fzyqwn0Ccwqaek8Gqmzmlftwa2Laeccsex5Wmirmtxg 1

Menurut Oh Young Soo dalam satu kenyataan, dia hanya memegang tangan wanita tersebut sambil berjalan mengelilingi tasik dan tidak menyangka perbuatan tersebut adalah satu bentuk salah laku seksual.

“Saya hanya memegang tangannya untuk membimbing jalan mengelilingi tasik. Saya memohon maaf kerana (orang itu) berkata dia tidak akan membuat kekecohan mengenainya tetapi ia tidak bermakna saya mengakui pertuduhan itu”, jelas pelakon Squid Game itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memutuskan bahawa mereka memperoleh bukti untuk menyokong dakwaan salah laku seksual tersebut.

Untuk rekod, Oh Young Soo merupakan salah satu watak penting dalam siri popular Netflix, Squid Game. Pelakon bersia 78 tahun ini berjaya memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam kategori TV di Anugerah Golden Globe di Amerika Syarikat pada Januari tahun ini.

Kredit: Soompi

BACA: Netflix Bakal Hadir Dengan Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge, 456 Peserta Rebut $4.56 Juta

Capture 10

Sumber: allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.