in

“Atas nasihat polis” – Hannah Yeoh Tamatkan Food Bank Segambut Lepas 853 Orang Datang Dalam Masa 4 Jam

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya selepas empat jam beroperasi, Ahli Parlimen Segambut memberitahu yang Food Bank Segambut terpaksa dihentikan kerana terlalu ramai orang yang datang.


Menerusi Facebook, Hannah Yeoh memberitahu keputusan ini diambil selepas berbincang dengan pihak polis dan bersetuju untuk menutup kerana terlalu ramai orang yang datang.

Malah orang-orang yang datang bukan sahaja dari Segambut tapi ada juga yang dari Selayang, Jinjang, Rawang, Batu Caves dan Petaling Jaya.

Untuk pengetahuan korang, program ini telah berlangsung semalam di dewan komuniti Taman Desa Segambut dan menurut posting dari Hannah Yeoh, seramai 853 orang telah beratur seawal satu jam sebelum program tersebut bermula.

Food Bank Segambut : Dalam masa operasi 4 jam sahaja sejumlah 853 orang telah datang ke food bank kami. Food Bank ini…

Posted by Hannah Yeoh on Tuesday, July 13, 2021

Saya tanya orang yang datang tentang keadaan mereka dan kebanyakannya mengatakan yang mereka tak ada pendapatan kerana tak boleh bekerja semasa lockdown.

Kami juga turut mengagihkan susu untuk bayi dan kanak-kanak. Pada hari pertama, saya berdiri di pagar dan rasa macam nak nangis bila melihat kesusahan yang dialami oleh rakyat sekarang.

Saya minta maaf kerana tak dapat nak teruskan food bank ini tapi kita akan teruskan cari jalan untuk tolong orang yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Menerusi Twitter pula, Hannah Yeoh menegaskan yang keputusannya untuk menutup food bank tersebut bukanlah kerana mendapat arahan dari pihak polis tapi ia dibuat selepas berbincang dengan pihak berkuasa.

Posting FB saya mengatakan yang food bank terpaksa ditutup selepas BERBINCANG dengan polis. Bukan diarahkan untuk tutup. Pihak polis Segambut sangat membantu semasa proses pengagihan makanan.

Orang seramai 800 bukanlah mudah untuk diuruskan ketika pandemik ini. Kami tak ada ruang yang besar untuk orang seramai itu.”

Sebelum ini, Syed Saddiq memberitahu yang Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup oleh pihak polis di sana selepas terlalu ramai orang beratur untuk meminta bantuan.

 

Baca: “Kalau nak kompaun, kompaun saya!” – Syed Saddiq ‘Bengang’ Pejabat Parlimen Muar Diarah Tutup Sebab…

Syedsaddiq 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.