in

“At least bagitau lah kalau datang lewat” – Kisah Sedih Lelaki Ini Buka Puasa Berseorangan Buat Netizen Geram Dekat Kawan-Kawan Dia

Df27F2A9 914F 4B44 A5A7 Bd7Da5340328

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah pergi shopping sorang-sorang dekat mall or makan tanpa teman dekat cafe? Mesti takkan terlepas daripada pandangan orang memerhati je kan. Kadang-kadang rasa awkward je. “Budak ni sure forever alone”. Eh, jangan salah sangka, ada je orang yang suka keluar sendirian, lagi tenang dan senang nak makan banyak ke nak shopping lama ke. Better daripada  kalau dah janji nak keluar sama-sama tapi last sekali kawan tak muncul. Apa cerita ni?
Satu gambar yang dikongsi oleh @aliamelorr di akaun Twitter miliknya menunjukkan seorang lelaki makan sendirian sewaktu berbuka puasa. Yang pelik duduk dekat meja sorang tapi makanan banyak untuk ramai orang. Sikap tetiba plan tak jadi tapi tak bagitau ni confirm la sakitkan hati dan musnahkan kepercayaan dalam masa yang sama. Kuatkan semangat, bro!
D16E8F70 0271 4E24 A94B Ce838Bada333
Kesian weh
Dikhabarkan lagi yang dia sendiri berada di situ menyaksikan lelaki ini seakan menunggu seseorang. Manakan tidak, keluh kesah menjenguk ke luar pintu dengan muka frust tengok telefon dan jam tapi still takda yang muncul walaupun dah azan menandakan masuknya waktu berbuka puasa.
51B7Ddd9 4E44 497D 8E43 Ba0D4307D8C3 30 minit selepas waktu berbuka, ada 5 orang kawan dia datang, segak kemain tapi sayang, sorang je yang pergi memujuk. Yang lain apalagi perut dah lapar, terus makan tanpa endahkan lelaki tadi yang bangun tinggalkan meja. Sapa tak koyak kalau tak tepati janji, tunggu macam tunggul kayu.

57A9C39C 21F0 4D73 A8Dd 4D4A24117Fc5

Iye tak ye, kena husnudzon tambah-tambah di bulan puasa. Mungkin jalan sesak, biasalah ramai yang berpusu-pusu nak balik makan bersama keuarga. Tapi apapun kena la inform kawan tu, taklah terkilan sangat. Sure lah orang akan faham kalau dah explain reason. Tapii kalau dah janji tu, sepatutnya kena bersedia awal la kan.

7122C27B E800 41D9 9F2E 5C18487F4B27

Betul jugak tu, ke memang dia keluar untuk solat Maghrib. Tak elok lewatkn solat. Kawan-kawan dah datang, tolong jagakan tempat la pulak.

4D97067B 8921 41Fc Ad84 582Ef360A02D

Lagi pedih kalau korang la tukang plan, booking tempat, datang awal untuk jaga tempat tapi yang lain datang makan je. Terima kasih pun tak. Oklah kawan still datang daripada tak datang langsung, bertambah koyak la rasanya. Hope takda la bergaduh bermasam muka. Settle bebaik bro.
 
Ada ke kat sini yang kawan-kawan janji sebelum puasa nak berbuka sama-sama tapi last-last dah nak raya batang hidung pun tak nampak. “Pompang-pompang” sebelum puasa dekat group whatsapp, masuk bulan puasa tanya jadi ke tak, krik krik takda yang balas. Tunda tahun depan la pulak nampak gayanya
95D172E5 D687 46F3 9437 Bd00C8779201

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.