in

“Asyik Kuch Kuch Hota Hai je” – 5 Filem Hindustan Korang Boleh ‘Binge’ Di Netflix Deepavali Ni!

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti tak sabar nak ber-long weekend kan sempena cuti Deepavali yang bakal disambut Isnin nanti?

Ada yang dah plan nak balik kampung, bercuti dan mesti ada yang hanya nak duduk di rumah dan luangkan masa bersama keluarga kan?


Kalau korang tak ada idea nak buat apa cuti ni, lepastu pulak tak ada dapat jemputan untuk meraikan perayaan Deepavali ni, min cadangkan korang binge Netflix dengan filem-filem gempak dari India sambil makan muruku. Fuh terbayekkkkk

5 Filem Tamil & Hindustan Korang Boleh ‘Binge’ Di Netflix Deepavali Ni!

1. Gangubai Kathiawadi

Kalau korang tak tengok lagi filem ni korang tunggu apa lagi?!

Kalau korang nak tahu, filem ni dikatakan diinspirasi dari kisah benar tau. Gangubai ini merupakan salah seorang mafia terkenal pada satu masa dahulu. Fuhhhh

Sinopsis: Ketika muda, Ganga telah ditipu oleh teman lelakinya yang menjanjikan karier sebagai seorang pelakon filem dan memujuknya untuk meninggalkan kampung halaman dan keluarganya.

Teman lelakinya itu kemudian telah menjual Ganga kepada tempat pelacuran dan kehidupannya kemudian berubah menjadi seorang pelacur sebelum menjadi ibu ayam dan mempertahankan hak pelacur-pelacur di bawah jagaannya.

2. Andhadhun

Kalau korang sukakan cerita yang suspen, misteri dan kelakar korang kena tengok filem Andhadhun ni! Tengok je lah review dia 100% tau dekat Rotten Tomatoes.

Sinopsis: Akash, seorang pemain piano yang berpura-pura menjadi buta telah bertemu dengan Sophie yang meminta dia untuk bermain di restoran bapanya.

Ketika dia bermain di restoran tersebut, seorang pelakon terkenal tahun 70-an Pramod Sinha yang mendengar kemerduan pianonya telah menjemput Akash ke rumah untuk bermain piano sempena hari lahir isterinya Sima.

Ketika tiba di rumah tersebut, Akash telah menemui Pramod mati dibunuh dan mula berpura-pura seperti dia tidak melihat apa-apa. Namun kesusahan mula menimpanya bila Simi syak Akash tak buta.

3. Haseen Dilruba

Wehhh cerita ni wajib tengok! Kalau korang suka cerita Gone Girl, mesti korang suka gak tengok cerita ni.

Sinopsis: Filem ini mengisahkan tentang Rani yang berkahwin dengan Rishnu. Dorang ni ada personaliti yang berbeza. Rishnu seorang yang pemalu, baik-baik je, hidup dia pergi kerja, balik tak banyak complain. Manakala Rani pula seorang yang outspoken dan sukakan cabaran dalam hidup.

Tapi, satu hari Rishnu telah mati dibunuh dan polis syak Rani yang bunuh dia lebih-lebih lagi perkahwinan dorang agak goyah dengan kemunculan sepupu Rishnu yang kacak dan memang taste Rani.

Ish korang tengok je lah sendiri!

Okaylah, dekat bawah ni min nak suggest lagi dua cerita untuk korang tengok tapi dia bukan filem. Satu ni limited series dan satu lagi TV series yang min rasa rugi kalau tak sebut.

4. House of Secrets: The Burari Deaths

Bagi peminat dokumentari pasal jenayah. Korang WAJIB tengok ni!!!

So far, dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix ni memang jarang mengecewakan dan ini adalah salah satu dokumentari yang best dorang buat.

Sinopsis: Pada tahun 2018, 11 ahli keluarga Chundawat telah ditemui mati di dalam rumah mereka di Sant Nagar, Burari, Delhi dengan keadaan yang sangat mengerikan.

Kalau korang nak tahu, kematian keluarga ini telah menggemparkan penduduk Delhi di mana setiap hari, orang ramai akan berkumpul di kawasan perumahan tersebut untuk mengetahui punca kematian mereka.

Apa yang menjadi tanda tanya sepanjang dokumentari ini adalah adakah mereka mati dibunuh atau ianya merupakan kes bunuh diri beramai-ramai?

5. Never Have I Ever…

Last but certainly not least! Siri TV yang mendapat tempat di hati ramai ini!

Never Have I Ever merupakan filem komedi remaja yang menampilkan Devi Vishwakumar sebagai seorang pelajar yang bijak.

Siri ini dimulakan dengan Devi yang ingin buat benda-benda yang dia tak pernah buat sebelum ni selepas dia baik dari lumpuh kerana trauma kehilangan ayahnya yang tersayang.

Apa yang menariknya, cerita ini penuh dengan elemen dan budaya India yang cuba diterapkan oleh keluarga Devi walaupun dorang menetap di Amerika Syarikat. Bestttt dan kelakar!

Kalau korang belum pernah tengok cerita-cerita yang min suggest ni, bolehlah masukkan dalam list korang. Memang lagi feel kalau tengok masa cuti Deepavali ni.

 

Baca: “The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Untitled Design 2022 05 18T173513.748

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.