in

Aset Sajat Dilelong Hari Ini! Orang Ramai Boleh Datang Beli Di Kota Damansara

page sajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua ketahui, aset usahawan kontroversi negara iaitu Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman telah disita dua minggu lalu dan mula dilelong bermula pada hari ini di Kota Damansara.

Menurut K! Online, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan bahawa jualan lelongan awam aset milik Sajat itu akan dijalankan di kediaman miliknya di premis nombor 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara bermula pada 10:30 pagi tadi.


Plaintif kes iaitu OWA Resources Sdn.Bhd. yang diwakili oleh Peguam Nurul Hafidzah Hasan dan Zeti Zulkifli berkata, Sajat masih tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan juga penjualan telah ditampal di premisnya pada 1 Disember lalu.

“Maka, mahkamah telah pun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong besok” – Hafidzah dan Zeti dalam satu kenyataan

Wakil dari OWA Resources, Nurwati Hussin, 41 tahun dan Mohamed Syakir Hussin, 32 tahun yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan juga girdle milik Sajat telah mencuba untuk mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan sebanyak RM200,000 ribu gagal dibayar semula oleh usahawan itu.

Namun, mereka boleh menarik nafas lega kerana nama mereka berdua dapat dibersihkan serta pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Sajat kini diketahui oleh semua.

Mahkamah memutuskan bahawa lelongan aset tersebut dibuat kerana ianya merupakan cara penyelesaian yang terbaik bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

sajat 3

Nur Sajat 7

 

 

Oleh itu, orang ramai yang ingin membeli barang-barang yang akan dilelong seperti yang disenaraikan sebelum boleh datang ke rumah Muhammad Sajjad seperti alamat yang telah diberitahu di atas tadi.

Baca: Mahkamah Tinggi Arah Harta Sajat Disita Dan Dijual

untitled 2 8

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.