Semalam berlangsungnya Kejuaraan RCTI Sports Premium 2024 di mana pasukan Selangor FC berentap dengan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Jakarta.
Perlawanan itu menyaksikan pasukan Selangor FC berjaya menumpaskan kelab dari Jakarta itu dengan skor 1-0.
Artikel berkaitan: 12 Maut Dalam Rusuhan Di Stadium El Salvador Ketika Perlawanan Bola Sepak
Artikel berkaitan: Tular Kisah Abang Rambut Perang Menangis Dekat Stadium, Ada Pihak Nak Bagi Motor Baru Selasa Depan?
Menurut laporan Astro AWANI, dalam perlawanan itu, gol tunggal daripada penyerang The Red Giants, Alvin Fortes pada minit ketiga sudah cukup untuk menobatkan skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil sebagai juara.
Meskipun kejuaraan milik Selangor FC, namun terdapat satu insiden tidak diingini berlaku di mana penyokong skuad Persija bertindak agresif dengan menyalakan suar (flame) serta mercun sehingga asap memenuhi stadium.
Malah, terdapat beberapa video tular memaparkan penyokong kelab Indonesia itu bergelut dengan pihak polis.
Terjadi pengeroyokan oleh support setelah pertandingan Persija Jakarta Vs Selangor Fc, beruntung pihak keamanan langsung bertindak tegas dengan menarik korban agar situasi bisa kembali kondusif lagi. pic.twitter.com/TWfwB1uoLa
— Explore Pasar Minggu (@kecpasming28) June 3, 2024
Atas faktor keselamatan, perlawanan dihentikan pada minit ke-87 dan Selangor FC dinobatkan sebagai juara.
Sebagai info, kemenangan tersebut merupakan trofi kedua kejuaraan empat penjuru dimenangi anak buah Nidzam Jamil selepas muncul juara Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 pada April lalu.
Mujur tiada kemalangan jiwa…
Sumber: Astro AWANI, X