in

“Asal media cakap dia hilang?” – Hafiz Suip Kongsi Foto Dengan Anak-anak, Luah Rasa Rindu

Hafiz Suip Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Hafiz Suip sejak belakangan ini menjadi bualan di media sosial selepas media melaporkan penyanyi bersuara lunak ini ‘hilang’ susulan menyahaktif akaun Instagramnya.

Dalam pada itu turut tular spekulasi yang mendakwa perkahwinannya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah dikatakan sedang bergolak. Ini berikutan ketiadaan Hafiz ketika sambutan hari lahir isterinya baru-baru ini.


Artikel berkaitan: “Kalau ikut hukum salah tapi…” – Hafiz Suip Mengaku Warna Rambut Hijau Untuk Publisiti

Artikel berkaitan: “Kalau ada tersalah cakap, tersimpan dendam…” – Nampak Makin Susut, Hafiz Suip Mohon Maaf Kepada Segelintir Pihak

Luah rindu dengan anak-anak

Terbaharu, Hafiz menerusi hantaran di TikTok dilihat berkongsi satu foto dirinya bersama anak-anaknya serta kapsyen meluahkan rasa rindu terhadap mereka.

Miss them so much…Goyah ke tu..#terusbersinar #janganmainapi,” tulis Hafiz.

Screenshot 2024 05 28 172552

Hantaran Hafiz telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen, pada masa yang sama ramai yang meminta penyanyi ini kembali aktif dalam industri.

Screenshot 2024 05 28 172922 Screenshot 2024 05 28 172959

Memetik sumber mStar, pengurus kepada Hafiz iaitu Philip menafikan spekulasi yang timbul dan menjelaskan status perkahwinan pasangan ini masih dalam keadaan baik.

Terdahulu, nama penyanyi Awan Nano ini menjadi soroton netizen gara-gara tampil dengan imej rambut berwarna hijau selain keadaan fizikalnya yang susut mendadak.

Moga yang baik-baik sahaja buat Hafiz

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.