Pelakon serta pengacara terkenal Rozita Che Wan terkilan dengan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA kerana tidak semena-mena memetik nama anaknya dalam sebuah posting di Facebook.
Nama anak kepada aktres yang mesra disapa Che Ta, Aaisyah Dhia Rana itu disebut dalam posting Facebook Diva AA beserta kata-kata makian terhadap Che Ta.
Artikel berkaitan: Kongsi Detik Ketika Dirawat, Diva AA Tetap Akan ‘Bermulut Laser’ Walaupun Baru Sembuh Dari Sihir
Artikel berkaitan: [VIDEO] Macam Hotel 5 Bintang, Netizen Terpegun Tengok Bilik Tidur Anak Perempuan Che Ta
Menurut laporan Kosmo!, Che Ta sama sekali tidak tahu mengapa Diva AA sengaja memuat naik posting penuh kontroversi itu sedangkan sebelum ini mereka sudah pun berbaik-baik serta menarik semula kes yang pernah melibatkan mereka berdua.
View this post on Instagram
“Tak kisah dia (Azwan) nak maki saya tetapi kenapa perlu libatkan anak saya. Sembilan bulan 10 hari mengandungkan dia (Aaisyah), jentik pun tak pernah apatah lagi marah tetapi kenapa dia nak maki begitu?” katanya.
Malah, Che Ta turut meluahkan rasa kesal selepas status itu dimuat naik oleh pengacara terkenal itu, dia merasakan Diva AA tidak memahami perasaan seorang ibu.
“Kau pondan, tiada anak. Bukan bapa dan ibu tetapi sedap sahaja cakap anak saya macam itu.
Dia belum kena buku dengan ruas lagi. Hari itu emosi saya baik sebab suami pesan tak suka lihat pergaduhan.
Bila saya kongsi perkara itu baru-baru ini, memang tengah marah sebab dia mengata anak saya,” katanya lagi.
Che Ta juga memuat naik rasa marahnya itu di media sosial miliknya namun dia telah memadam posting tersebut selepas ditegur oleh rakannya yang juga seorang ustaz.
Hmm, apa kes pulak ni?
Sumber: Kosmo!