Seorang penyanyi lelaki yang juga komposer lagu berbakat ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam.
Dalam kejadian sekitar 4 petang, penyanyi berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan.
Cekik pekerja stesen minyak & cuba cabar polis
Menerusi Harian Metro, kejadian berlaku ketika artis terbabit muncul di premis itu untuk mengisi petrol kenderaannya. Kemudian berlaku salah faham masa artis tu nak bayar air pakai kad kredit tapi tak diterima.
Disebabkan itu artis tersebut jadi tak puas hati dan naik bengang, dia terus serang dan cekik leher pekerja stesen minyak terbabit.
Disebabkan keadaan tidak dapat dikawal, pengerus stesen minyak itu bertindak segera menghubungi polis. Saat anggota unit peronda polis sampai dan cuba menenangkan keadaan, artis terbabit gagal berikerjasama apabila diminta tunjukkan kad pengenalan.
“Malah, tindakan artis itu mencabar anggota polis bertugas menyebabkan polis terpaksa menahan dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut”
Difahamkan artis terbabit sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Alamak! siapa tu?