in

“Apolahh pulak??” – [VIDEO] Netizen Terbahak Dengar Luahan Jaafar Onn Pasal Mask Cop SIRIM

Jaafar Onn Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menguatkuasa perwartaan perakuan SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan baru-baru ini ternyata mendapat komen negatif daripada netizen.

Sejak dari semalam, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan tersebut yang dianggap sudah ‘terlewat’ dan menyusahkan, malah perkara ini juga mendapat perhatian artis senior seperti Jaafar Onn. Uish lama tak dengar cerita bang Jaafar! 


 

“Kenapa pulak sekarang ni bersirim-sirim?” 

Menerusi satu video yang dikongsikan Jaafar Onn sendiri di TikTok, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang penguatkuasaan cop SIRIM terhadap pelitup muka.

Video yang mulanya tenang dengan mengucapkan ‘Salam Ramadan’ terlebih dahulu bertukar menjadi sedikit ‘garang’ apabila Jaafar meluahkan pandangannya mengenai isu itu.

Apo bendalah nak kena cop SIRIM semua bagai… Selama ni kita pakai 3 tahun tak ada cop SIRIM semua apo? Tak ada apo pun.” 

@jaafar_onn

pelitup muka

♬ original sound – Datuk Jaafar Onn – Jaafar Onn

“Macam diva AAA pulak” 

Video dari Jaafar ternyata mengundang rasa geli hati netizen di samping ada yang mengakui kata-katanya itu ada benarnya juga. Malah ada juga yang menyamakan Jaafar dengan Diva AA dari segi percakapannya.

Japar Marah

Apa-apapun menerusi satu perkembangan terbaru, penguatkuasaan pewartaan perakuan SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan katanya akan ditangguhkan ke tahun depan setelah mengambil kira pandangan ramai.

Korang boleh baca mengenai isu ini dengan lebih lanjut di bawah.

Baca: Pelitup Muka Perlu Ada Perakuan SIRIM Ditangguhkan Ke Tahun Depan

Pelitup Muka Tangguh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.