in

“Apa yang lama sangat?” – Terpaksa Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Dedah Situasi di Hospital

waktu menunggu terlalu lama di hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan, sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan kanak-kanak dilihat sangat mudah terkena penyakit dan penyakit yang menyerang mereka juga boleh dikatakan agak serius sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Disebabkan hal ini, mana-mana klinik mahupun hospital dilihat penuh dengan pesakit dan perkara ini menjadi masalah apabila hospital katanya mengalami masalah kekurangan doktor. Uish… 


“12 jam doktor, apa yang lama sangat?” 

Menerusi perkongsian @shazwan_sazali di Twitter yang juga seorang doktor, dia telah menerima keluhan ibu bapa yang terpaksa menunggu selama 12 jam demi mendapatkan rawatan buat anak mereka di bahagian kecemasan Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.

https://twitter.com/shazwan_sazali/status/1540962425654382593?s=21&t=KvdHGLHX6Jwf3ANIOiLV8A

Bayangkan daripada pukul 1 petang sampai 1 pagi, lama tu… 

Menurutnya, kebelakangan ini memang terdapat lonjakan pesakit di hospital kanak-kanak tersebut dan kebanyakannya menghidap penyakit seperti HFMD, pneumonia dan bronchiolitis.

Jumlah kes dalam sehari juga katanya boleh mencecah sehingga 200 kes di semua zon kecemasan HTA.

“Bayangkan 5 orang untuk cover the whole floor untuk 3 shift sehari?”

Yang menjadi punca pesakit-pesakit ini lambat menerima rawatan di hospital tersebut adalah kerana hospital berkenaan katanya mengalami masalah kekurangan doktor.

Menurut Dr. Shazwan, hanya lima orang medical offficer (MO) yang menerima penempatan di HTA dan 5 orang tersebut terpaksa menjaga keseluruhan aras bagi 3 shift sehari. Allahu kesiannya! 

https://twitter.com/shazwan_sazali/status/1540962432231051264

Akibat masalah kekurangan MO, waktu menunggu menjadi panjang iaitu sehingga mencecah 12 jam lamanya di green zone.

https://twitter.com/shazwan_sazali/status/1540962435590672385

Situasi ini menyebabkan ramai ibu bapa tidak senang hati sehingga berlakunya ‘drama’ di wad kecemasan.

Saya selalu pesan kepada ibu bapa yang memaki. 

“Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya @KKMPutrajaya tahu akan hakikat ini,” tulisnya.

“Yang kat KL pun tak cukup doktor, apatah kami yang di Sarawak” 

Keluhan doktor berkenaan mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata risau dengan situasi yang sedang melanda hospital di negara ini.

doktor tak ada

Apa-apapun diharapkan pihak berwajib dapatlah lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Baca: “They treat me better” – Dikecam Ramai Doktor, Wanita Respon Kenapa Pertahan Klinik Swasta

seringgit

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.