in

“Apa yang hangpa buat 100% salah, tapi…” – Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Sokongan Buat 3 Penyampai Radio Era

ft sharnaaz ahmad 3 pagi era

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan sokongan moral terhadap 3 penyampai radio Era FM yang kini sedang terhimpit dengan kontroversi yang dikaitkan dengan mempersenda isu agama.

Menurut Sharnaaz, tidak dinafikan perbuatan mereka itu salah kerana terdapat unsur mempersendakan agama lain yang dianggap begitu sensitif, namun tindakan mereka patut dipuji.


Artikel berkaitan : Didakwa Buat Aksi Tidak Sopan & Persenda Masyarakat Hindu, Penyampai Era FM Mohon Maaf

Artikel berkaitan : “Mintak maaf i had enough” – Berang Sebutan Ditertawakan Rakan Penyampai Radio, Mark Adam Mahu Berhenti?

Hal ini kerana keberanian mereka dalam mengaku bersalah dan melakukan satu kesilapan yang besar.

Sharnaaz juga memuji tindakan dan keberanian mereka bersemuka dengan beberapa pihak yang sepatutnya mengenai isu ini.

“Orang yang berani mengaku silap mereka, wajib kita bagi peluang kedua, it’s okay brother, come back stronger, kita sebagai orang Islam dan Melayu akan sentiasa berada di belakang anda.”

“Tapi apa yang korang buat tetap salah, tapi korang dah mengaku buat kesilapan, bagi aku it’s fair enough, kepada rakan-rakan India yang aku membesar semua, bro, people make mistakes and they are already apologized.

Sebelum ini, polis menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM berkaitan video tular didakwa mempersenda upacara agama lain di media sosial.

Berdasarkan laporan dibuat pengadu, beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel Vel’ manakala salah seorang penyampai dilihat sedang menari.

Malah, penyampai radio bagi segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir turut ada membuat memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu.

Selain memohon maaf, pengurusan stesen radio terbabit turut menggantung tugas tiga pengacara radio berkenaan sehingga siasatan selesai.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci mengenai kes terbabit.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.