in

“Apa pulak ni”- Dari 6 Ribu Tinggal 3 Post Di Instagram, Ada Yang Dakwa Rizalman ‘Koyak’ Dengan Netizen?

Cats 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tindakan seorang pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Rizalman Ibrahim buatkan ramai netizen tertanya-tanya bila Instagram feed pereka ini cuma tinggal 3 gambar sahaja. Aik, mana gambar-gambar lain?


Sebelum ini, boleh katakan ada lebih 6 ribu postings di Instagram Rizalman tapi tiada kepastian tentang ke mana pergi semua gambar-gambar sebelum ini. Mungkin dipadamkan atau diletakkan di archieve? Mungkin….

Page 1

 

Jangan ganggu ‘kerja’

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh Rizalman baru-baru ini di Instagram miliknya, posting tersebut berunsur Islamik selain mengajak followers dia untuk berkelakuan sopan.

“Jangan berkelakuan seolah-olah meratapi ‘kehilangan’ sedangkan ‘penggantian’ yang Allah lorongkan.”

E4C7Tz2Xoaofabo

Bukan itu sahaja, dia juga nasihatkan followers dia untuk duduk diam dan jangan ganggu kerja dia.

“Tolong celek ‘mata’ sikit buleh dak? Diam dan jangan ganggu ‘kerja’ aku.”

Selain itu, nama, gambar profil serta bio di akaun Instagram miliknya juga sudah ditukar.

 

Ada yang dakwa Rizalman sentap?

Di Twitter, ramai netizen yang tertanya-tanya tentang perubahan di Instagram Rizalman itu. Ada juga yang dakwa kononnya pereka fesyen itu ‘sentap’ bila dituduh tidak menghargai pemberian ikan salmon daripada peminatnya baru-baru ini.

Namun, ada juga yang mendakwa mungkin dia agak ‘menyampah’ dengan segelintir followers dia di Instagram yang terlalu taksub dengan kehidupan dan celoteh hidupnya di media sosial.

00000J

Takpelah, bagus juga kalau berehat sekejap dari media sosial ini. Kadang-kadang lagi letih layan kerenah followers dari layan kerenah orang face-to-face, betul tak? Mesti ada je benda diorang tak puas hati. 

 

Sumber: Rizalman Ibrahim, Twitter

Baca:“Skyjuice pala hotak hampa” – [VIDEO] Lawak! Rizalman Kongsi Etika Makan Fine Dining Dengan Betul

Capture 42

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.