“Apa masalah kau” – Akibat Kecam Wanita Solat dalam Perpustakaan, Lelaki Ini Kena Kecam Lagi Teruk

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Solat adalah salah satu rukun dalam agama Islam. Setiap orang yang beragama Islam wajib menunaikan solat 5 kali sehari.

Kali ni admin nak share sikit pasal seorang wanita yang solat dekat library di univesitinya. Apa yang menjadi buah mulut netizen ialah bila sorang lelaki ni kecam wanita tersebut sebab solat dekat situ. Mungkin niat nak menegur, tapi mungkin tak kena cara, jadi lelaki tu pun kena kecam balik. Cuba korang tengok tweet @meishelmie, lelaki yang kena kecam tu kat bawah ni

 

Cuba husnuzon sikit

Tak dinafikan kita dekat Malaysia ni senang nak solat, ada tempat solat, surau, masjid yang berdekatan. Tapi biarlah dia nak solat kat situ pun. Janji dia tunaikan rukun Islam. Kita ni pun kadang-kadang terlajak waktu baru nak solat.

Betul, janji dia solat. Admin tak nampak pun apa masalah dia. Admin nak pesan sikit, jangan buat dosa kering kecam orang tak tentu pasal. 

Betul, kalau tinggal barang nanti kena rembat pulak. Jenuh putih mata balik solat tengok meja dah clear kena curi dengan orang. Lagi-lagi kalau stay dekat library tu sorang-sorang kan. Nak angkut itu ini lagi, pastu nak setup balik lepas habis solat.

Alasan ni boleh terima, Nak kemas pun amik masa dekat 10 ke 15 minit. Tau-tau baru nak gerak dah habis waktu, Nak cepat, solat je kat situ. Tapi berpada-padalah dalam mengejar dunia, solat jangan tinggal.

 

Baca: “Siapa cakap kpoppers pergi konsert terkinja-kinja tak solat?” – Peminat EXO Dirakam Solat Sebelum Tengok Konsert

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.