in

“Apa beza dengan konsert Aina Abdul?” – Caprice Buka Mulut Isu Konsert Coldplay

caprice coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini bakal berlangsungnya konsert kumpulan dari United Kingdom (UK) iaitu Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert jelajah yang diberi nama Music of The Spheres itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat dari beberapa pihak sebelum ini memandangkan ianya dikatakan seakan tidak menghormati nasib saudara Islam kita di Palestin.


Artikel berkaitan: “Settle” –  Caprice Bayarkan Denda RM1,000 Jurutera Conteng Tembok Kedutaan AS

Artikel berkaitan: Dapat Perintah Injuksi Interim, Caprice Mohon Maaf Terpaksa Padam Semua Video Berkaitan UEL & Mondy

Pun begitu, aktivis kemanusiaan serta rapper terkenal tempatan Caprice menyifatkan tindakan sesetengah pihak seperti tidak rasional.

Menerusi laman Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata terdapat banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menunjukkan solidariti terhadap situasi dilalui rakyat Palestin dan menolak kemasukan artis antarabangsa bukanlah salah satu daripadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan.

Apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua itu adalah hiburan,” katanya.

Menurutnya, industri hiburan juga perlu diteruskan seperti biasa kerana itu adalah punca pendapatan bagi penggiat seni dari dalam mahupun luar negara.

Selain itu, pelantun lagu Koyak itu yakin hiburan ini bukan satu kesalahan kerana orang ramai terutamanya Muslim masih boleh berdoa dan berkongsi bahan perihal situasi di Gaza menerusi laman sosial.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.