in

“Cacing kepanasan” – Netizen Kurang Senang Tengok Aliff Syukri & Geng Menggeletis Dalam Lagu Raya Baru

Ft Kelempuk Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan setiap kali musim raya, muka dia mesti akan ada, pasti akan buat lagu raya baru yang menimbulkan pelbagai reaksi, siapa lagi kalau bukan pengasas produk Aliff Syukri.


Tahun ini, mungkin ramai yang dah tahu bahawa dia nak keluarkan lagu raya lagi yang berjudul ‘Kelepok Raya’, sepanjang tempoh artikel ini ditulis ianya sudah ditayangkan di Youtube.

 

Konsep tarian Britney Spears

Sebelum ini, pernah timbul satu isu apabila dia tayang video sewaktu sedang membuat penggambaran lagu itu.

Isu yang sama timbul kembali apabila kali ini Aliff Syukri ada kongsikan satu keratan video daripada lagu Kelepok Raya itu dan ia membuatkan ramai netizen kurang senang apabila melihatnya.

Perkongsian itu dibuat sebagai teaser beberapa minit sebelum video muzik penuh untuk lagu itu keluar.

Dalam video tersebut dilihat Aliff Syukri baring bersama dengan lelaki-lelaki lain sambil melakukan pergerakan yang didakwa seperti Britney Spears

Walaubagaimanapun, ramai netizen memberikan reaksi kurang senang apabila melihat video tersebut.

 

Macam ulat sagu kena goreng – Netizen

Kelempuk Raya Kelempuk Raya 2 Kelempuk Raya 3 Kelempuk Raya 4 Kelempuk Raya 5

Sepanjang 40 minit video ini dimuatnaik di saluran YouTube Rusa Music, video lagu daripada Aliff Syukri dan isterinya Shahida ini telah meraih lebih daripada 7,000 jumlah views.

Sebelum ini, ibu Aliff Syukri yang dikenali sebagai Bonda Rozita Ibrahim ada tampil menegur Aliff Syukri mengenai hal lagu ini dan dia ada balas dengan mengatakan lagunya ini adalah sebahagian daripada seni sebelum ditempelak oleh ibunya semula.

Baca : “Menggeletisnya belakang tu!” – [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Netizen ‘Rimas’ Tengok Penari Latar

Untitled Design 2022 04 14T161839.333

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.