in

“Anggap entertainment” – Pemuda Huraikan 8 Aspek Dalam Siri Messiah Yang Menyeleweng Dengan Nas Syarak

Messiah13

Sebelum ini Siri Messiah di Netflix telah mencetuskan kontroversi apabila siri ini dikatakan membawa pengaruh buruk dan bahaya kepada akidah.

Ia dikatakan kisah ini berkisar tentang Dajjal, namun apabila ditayangkan ramai yang tak sabar-sabar nak tahu kisah penuh.

Disebabkan itu, Addien Abdul Kadir yang dah tonton siri ini ada berikan sedikit spoiler kepada kita, malah siap ada huraikan beberapa aspek yang menjelaskan bahawa teks dan skrip dalam siri ini ada bercanggah dengan nas syarak.

 

Maksud Al – Masih

Sebelum dihuraikan, disini ada serba sedikit penjelasan ringkas sebagai rujukan semula. Seperti yang kita tahu Nabi Isa dan Dajjal berkongsikan gelaran yang sama, kata Ad Dien, ulama banyak pendapat berbeza tentang maksud Al-Masih, antaranya:

  • Banyak mengembara
  • Sentuhan yang ajaib

Kedua-dua sifat ini ada pada Nabi Isa, namun maksud lain bagi Al-Masih adalah :

  • Terhapus sebelah mata/wajah

Inilah gelaran diberikan kepada Dajjal, jadi inilah dua perbezaan antara Al-Masih Nabi Isa dengan Dajjal. Dua perkataan yang sama, tapi membawa maksud yang berbeza.

Ini adalah huraian dalam Siri Messiah.

 

1. Gabungkan dua ayat Al-Quran berbeza jadi satu kenyataan.

Kata Ad Dien, ia dah buat kesalahan dalam membaca ayat al-quran, dalam babak ini, ada dua ayat yang berbeza dalam satu ayat iaitu ayat ke 114 Surah Baqarah kemudian terus gabung ayat ke 90 surah yang sama.

Messiah2

Messiah

Mesej dalam kedua-dua ayat ini berbeza, ayat ke 90 menyatakan kemurkaan Allah terhadap orang Yahudi dan ayat ke 114 itu tentang kemurkaan Allah terhadap kaum kafir Musyrikin yang menghalang para sahabat nabi untuk melakukan umrah dan haji.

Tapi ada netizen katakan itu bukan mistake, memang saja amik ayat lain-lain, sbb tu ada sorang pak cik dalam cita ni dia cakap yang dajjal tu misquote ayat quran..

 

2. Quotes dari penulis terkenal

Messiah3

Messiah4 Messiah5

 

3. Messiah ada bapa

Messiah6

Dalam cerita ini, bahagian benar apabila Messiah ni menceritakan dia memang dari kaum Yahudi. Tapi info yang becanggah muncul apabila dalam satu babak yang sama, watak Messiah mengaku yang dia ada ayah. 

Seperti yang sedia maklum Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, jadi andaikata watak Messiah ini merujuk kepada Nabi Isa a.s, memang ia bercanggahTapi rujuk pada Dajjal?

 

4. Gerbang untuk untuk timbang amalan

Messiah7

Messiah ada mengatakan di hari pengadilan nanti, Mizan (timbangan neraca amalan) akan diletakkan di pintu gerbang ini.

Fakta ini sudah semestinya tak betul sebab tidak ada satu nas pun yang jelas menceritakan dimana Mizan itu diletakkan. Dalam siri ini, dakwaan dan info yang dikatakan oleh watak Messiah tu dirujuk dari buku di bawah ni.

Kemungkinan besar buku inilah yang jadi rujukan penulis skrip untuk interpretasikan dalam bentuk drama bersiri ini.

Messiah9

Dalam buku ini ada membuat dakwaan bahawa timbangan Mizan akan diletakkan di gerbang tersebut sedangkan dalam hadis atau ayat al-quran tidak disebutkan dengan jelas dimana kedudukan sebenar neraca Mizan.

 

5. Muncul memakai baju kekuningan tapi pada waktu siang hari

Messiah10

Dalam satu babak, ada perbincangan dengan para ulama di Palestine samada adakah lelaki itu Messiah itu benar-benar Nabi Isa, kerana ia ada disebutkan dalam Hadis Abu Daud bahawa Nabi Isa akan muncul dalam keadaan baju yang berwarna kekuningan.

Dan dalam Messiah dia memang pakai baju ala kekuningan

Tapi fakta itu jadi bercanggah apabila Messiah muncul pada waktu siang hari, sebab apa? Sebab, dalam hadis Ibnu Majah ada sebut Nabi Isa akan turun ketika Imam Mahdi dan kaum muslimin sedang ingin melakukan solat subuh.

 

7. Messiah tak solat

Messiah11

Kata Ad Dien, babak ini menjadi bukti yang lain bahawa Messiah yang digambarkan bukanlah Nabi Isa a.s sebab Messiah dalam siri ini tidak menunaikan solat langsung sepanjang dalam tahanan.

Nabi Isa a.s akan mengikut syariat Nabi Muhammad S.A.W, jadi sudah semestinya akan menunaikan solat,.

 

8. Ahli silap mata

Messiah12

Dalam babak ini abang kepada Messiah menceritakan mereka dibesarkan oleh pakcik mereka yang merupakan seorang ahli silap mata sedangkan kita tahu Nabi Isa dan Imam Mahdi bukan ahli silap mata.

Dalam cerita ini ada menunjukkan Messiah seolah-olah Nabi Isa a.s yang mempunyai sentuhan ajaib, dalam cerita ini Messiah ada menghidupkan orang yang dah mati 2 kali, mampu berjalan diatas air, dan beberapa lagibabak yang seolah-olah dia mempunyai mukjizat.

Namun, Imam al-Laith bin Sa’ad pernah menyatakan bahawa jika kita nampak seseorang berjalan diatas air, jangan terus menganggap dia orang itu wali Allah sebelum kita melihat amalannya samada selari dengan al-quran atau as-sunnah atau pun tidak.

 

Video penuh

Jadi, Messiah dalam ini portray sebagai Dajjal atau Nabi Isa? Hmm, tak tahu lah sebab banyak info kat sini yang bercanggah walaupun ada yang selari. Tapi kalau nak tengok sekadar hiburan tu boleh lah. 

Ala, macam cerita Prince of Egypt lah, ada babak yang mereka twist, tapi nak tengok sahaja untuk sekadar hiburan.

 

Baca : “Ayo kita buli dajal biar dia bunuh diri” – Netizen Indo Buat Lawak Melampau Pasal Agama, Main-Main Dengan Isu Dajjal

Dajjal