Bagi mereka yang suka membeli-belah secara online, pasti ada yang tengah susah hati kalau baju yang korang order sampai sekarang tak sampai-sampai ke rumah. Inilah satu kelemahan servis kurier yang kadang-kadang tak menang tangan tambahan pulak musim raya macam ni kan.
Namun perkongsian Ahmad Zulkarnain di Facebook mengenai Pos Laju Malaysia ni telah membuang persepsi negatif netizen tentang syarikat kurier yang sering dikatakan tak menepati masa. Ini apa yang dikongsikannya.
“Misi Support Operation Pos Laju hari ini hantar barang sebelum raya. Harap-harap client tak terkejut kehadiran kami dengan pelbagai jenis kereta yang tidak berlabel Pos Malaysia. Kami pakai name tag Pos Malaysia.
“Seluruh warga Pos terlibat, tu namanya Team Pos-sible Can Make Dreams Work.”
Demi memuaskan hati pelanggan, bukan saja posmen Pos Malaysia yang ditugaskan untuk hantar bungkusan tetapi pihak pengurusan tertinggi dan staf Pos Malaysia yang bertugas kat bahagian lain jugak dikatakan telah turun membantu walaupun terpaksa pakai kenderaan sendiri. Semuanya supaya pelanggan terima barang tepat pada waktunya! Wow syabas!
Menerusi ruang komen, ada di kalangan netizen mengaku yang pada mulanya dorang agak keliru dan terkejut sebab bukan posmen biasa hantar bungkusan ke rumah. Sudahlah pakai kereta biasa pulak tu kan. Takut ada orang menyamar, tapi rupanya mereka yang berdedikasi bertugas.
Pun begitu, rata-rata netizen memuji pihak pengurusan Pos Malaysia yang sanggup turun padang membantu posmen dan berusaha hantar bungkusan sebelum raya. Tahniah kepada Pos Malaysia. Andalah wira di hari raya!
Terharu admin tengok kesungguhan pihak pengurusan Pos Malaysia. Semoga syarikat kurier lain jugak dapat contohi benda yang baik ni. Bagi yang tak dapat bungkusan lagi tu, sabar ye. Dah on the way dah tu.
Baca: “Sumpah, aku tabik dengan brader brader Poslaju ni. Dah nak masuk waktu berbuka…”