in

Anak Tertembak Mat* 6 Tahun Lalu, Keluarga AR Badul Mulakan Tuntutan Saman

syaz ft 2025 10 29T122730.720

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli keluarga kepada arwah Mejar Mohd Zahir Armaya telah memulakan prosiding tuntutan saman di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan defendan termasuk bekas Panglima Tentera Darat, Zamrose Mohd Zain, dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut peguam keluarga, Datuk Ansari Abdullah, prosiding ini telah dimulakan pada hari Isnin, melibatkan tuntutan daripada ibu, ayah dan adik arwah yang ditembak mati pada 4 September 2019 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.


Artikel berkaitan: “Anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka” – AR Badul Terkilan Hak Sebagai Bapa Diabaikan Selepas Setahun Anak Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Lelaki Pesakit Mental Maut Ditemb*k Polis, Keluarga Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

Tuntutan saman dibuat atas tiga asas utama: kecuaian, tindakan melulu dan pelanggaran tanggungjawab oleh pihak yang terlibat.

Keluarga arwah mengambil keputusan ini selepas menunggu lebih enam tahun untuk mendapatkan keadilan dan penjelasan atas kehilangan yang dialami. Prosiding ini dilihat sebagai langkah menuntut pertanggungjawaban serta pengakuan atas insiden tragis tersebut.

Menjawab persoalan mengapa tuntutan difailkan selepas tempoh agak lama, Ansari menjelaskan bahawa ia masih dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu sebelum tiga tahun daripada tarikh kejadian.

“Kami memfailkan sebelum tiga tahun, itu had masa yang ditetapkan oleh undang-undang. Selepas itu, kes ini ditetapkan di hadapan seorang hakim yang kemudiannya kurang sihat. Maka Hakim Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai, mengambil alih dan mendengar kes ini.

Bagi prosiding ini, kami bercadang untuk memanggil tujuh saksi dan salah seorang daripadanya, iaitu bapa saudara Allahyarham, telah memberi keterangan. Kami kini sedang mencari seorang lagi saksi yang pernah menjalani latihan bersama arwah sebelum demonstrasi tersebut,” katanya.

Untuk rekod, dalam kejadian enam tahun lalu, Mejar Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon terkenal AR Badul, meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.