Media antarabangsa kecoh pada tahun lepas selepas anak kepada bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan telah dipenjara gara-gara miliki dadah. Aryan Khan, 24 tahun, bersama 14 lagi rakannya telah ditahan kerana memiliki dadah ketika bercuti di atas sebuah kapal layar mewah pada Oktober 2021.
Terkini, Aryan Khan bebas daripada pertuduhan memiliki dadah selepas pihak The Narcotics Control Bureau (NCB) mendapati kesnya tidak kukuh selain gagal menemui dadah pada anak pelakon itu.
Memetik laporan Astro Awani, pihak berkuasa walau bagaimanapun kekal memutuskan pertuduhan terhadap 14 orang lain yang terkait sama dengan kes itu.
Dalam serbuan pada tahun 2021 itu, NCB telah mendapat maklumat mengenai penyalahgunaan dadah yang ada ketika parti yang turut dihadiri Aryan dan beberapa rakannya. Selepas penangkapan, Aryan terpaksa bermalam selama tiga minggu di penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Sebagai seorang bapa, Shah Rukh Khan percaya yang anaknya itu tidak bersalah. Shah Rukh Khan juga percaya keluarganya tidak pernah menggunakan dadah dalam kehidupan mereka.
Baca: Pembebasan Aryan Khan: Shah Rukh Khan Sambut Anaknya Di Penjara