in

Anak Perempuan Ketua Polis Lahad Datu Ditemui Maut Terkena Tembakan Dalam Rumah

Anak Polis Tertembak

Anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ditemukan meninggal dunia disyaki terkena tembakan di dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Sabah, semalam.

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tentang kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kakak temui adik terbaring dalam bilik

Menurut pihak polis, kakak mangsa berusia 16 tahun adalah satu-satunya individu yang menemui remaja perempuan berusia 14 tahun berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

“Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat,” katanya.

Artikel berkaitan: “Nampak kecil tapi..” – Doktor Perjelas Kesan Tembakan Peluru, Boleh ‘Hancurkan’ Organ Dalaman?

Logo Polis 1633594109 E1684308094497

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail dilantik menjadi KPD Lahad Datu itu pada 1 April lalu bagi menggantikan Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini menyandang jawatan itu sejak November 2020.

Polis menyatakan proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi hari ini dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

Polis juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan.

Sumber: Harian Metro