in

Anak Menangis Gembira Pertama Kali Dapat Handphone, Netizen ‘Salute’ Cara Didikan Bapa Ini

ft hadiah lepas SPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan agak rare bila melihat budak-budak zaman sekarang ini tak ada smartphone, sebab zaman sekarang nak belajar pun memerlukan peranti tersebut.

Banyak perkara berkenaan perihal pembelajaran yang disampaikan menerusi WhatsApp, contoh paling kita boleh nampak adalah masa PKP bila smartphone menjadi tool paling penting untuk menimba ilmu pengetahuan.


Artikel berkaitan : “Pakai seragam ni sebab bangga dengan bapa saya” –  Anak Terharu, Bapa Buat Kejutan Datang Sekolah

Artikel berkaitan : “Hari jadi nanti kita makan sama2” – [VIDEO] Janji Sambut Bersama, Anak Terharu Satu Pusat Kuarantin Rai Birthday Ayah

Dalam satu video yang tengah tular ini, seorang pelajar ini boleh dikatakan tergolong dalam kalangan rare apabila dia tidak pernah ada telefon bimbit sendiri sejak dari kecil.

Namun, selepas habis SPM, bapanya memberikan hadiah telefon bimbit kepada gadis yang dikenali sebagai Nasuha ini. Jelas terpancar tangisan kegembiraan adik Nasuha ini apabila melihat hadiah kejutan daripada bapanya yang merupakan telefon bimbit jenis iPhone.

Sambil menangis, Nasuha memeluk bapanya dan menjelaskan bahawa dia sudah menunggu selama 18 tahun untuk mendapatkan telefon bimbit itu. Difahamkan, kakak dan abang Nasuha juga begitu.

Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji cara didikan si bapa ini kerana dianggap begitu ikhlas untuk membuatkan anaknya berjaya selain ada yang turut teruja dan sebak apabila melihat reaksi Nasuha ini.

hadiah lepas spm hadiah lepas spm 2 hadiah lepas spm 3 hadiah lepas spm 4

Semoga adik Nasuha berjaya dapat melanjutkan pelajaran dan dapat balas budi mak ayah.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.