Pesanan dan nasihat daripada pelakon dan penulis lirik Allahyarham Bob Lokman kepada anaknya Han Kabir masih segar dalam ingatannya saat kali terakhir mereka bersua dalam 2 bulan lalu.
Ahmad Sufian, 27 yang merupakan seorang hos dan penyanyi rap mengatakan bahawa arwah bapanya itu tidak bersetuju dengan pilihannya untuk menjadi anak seni.
Awalnya bangkang, lama-lama terima siap ada bagi panduan
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini arwah seperti memberikan lampu hijau dan sempat memberikan semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam dunia hiburan.
“Apa yang boleh saya katakan, di penghujung hidupnya dia mula menyokong saya teruskan kerjaya seni. Kalau sebelum ini dia tak bersetuju dengan keputusan saya ini.”
Dalam pada itu, Han juga ada kongsikan bahawa arwah bapanya beberapa jenis buku untuk saya belajar tentang pengacaraan dan menjadi hos yang baik.
“Mungkin dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dia membantu saya dengan kongsikan pengalaman yang pernah dilalui sepanjang bergelar anak seni.”
Kata Han kepada mStar Online lagi, arwah bapanya seorang suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab serta mempunyai matlamat hidup.
“Dia ayah, selebriti dan individu yang baik, semua orang tahu mengenai hal itu. Kira-kira 2 bulan lalay, dia ada tanya apa yang saya mahukan dalam hisup ini?”
“Dia kata kalau nak jadi selebriti yang baik, kita perlu banyak membaca, kena jaga penampilan dan pertuturan. Sampai sekarang ini saya masih ingat lagi pesannya itu. InsyaAllah nasihatnya itu akan terus menjadi panduan untuk saya sampai bila-bila.”
Katanya lagi, kali terakhir Han bertemu dengan arwah Bob Lokman pada Julai lalu ketika keadaan kesihatan bapanya itu mula merosot.
Allahyarham Bob Lokman atau nama sebenar, Mohd Hakim Lokamn meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan kira-kira jam 2 petang, Jumaat.
Baca : “Dia memang tinggal kat situ” – Taman Rashidah Utama : Lagu Dibuat Oleh Bob Lokman Untuk Aida Aris