in

Anak ‘Buat Hal’ Lagi, IG Ibu Aliff Aziz Dikatakan Hilang?

Mak Aliff Aziz Deactivate Ig

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi ini, netizen dikejutkan dengan satu lagi kontroversi yang mengaitkan Aliff Aziz yang didedahkan oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah kekasih kepada pelakon itu.

Susulan isu berkenaan tular, netizen seperti biasa ingin menjenguk ke Instagram ibu kepada pelakon tersebut. Walau bagaimanapun, menurut sumber, akaun Instagram Siti Hafiza Basharahil sudah pun dinyahaktifkan.


Akaun Instagram tersebut katanya sudah dipadam susulan munculnya kontroversi terbaharu anaknya dengan wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Ig Hilang

Artikel berkaitan: “Terkejutnya saya melihat rancangan NRF” – Wanita Dakwa Skandal Aliff Aziz ‘Spill Tea’ Tentang Ruhainies?

Artikel berkaitan: “Airmata dan lakonan yang hebat” – Ibu Aliff Aziz Muat Naik ‘Posting’ Menyindir?

Sebelum ini, Hafiza yang dilihat lantang di media sosial ada memuat naik kata-kata hikmah yang didakwa merujuk kepada kemelut yang sedang berlaku di antara anaknya dan isteri, Bella Astillah.

Hafiza juga katanya telah tidak mengikuti Instagram menantunya, Bella Astillah selepas hubungan mereka dikatakan retak akibat tularnya beberapa kontroversi melibatkan hal rumah tangga anaknya dan isteri.

20210630 Aliff Lewd 01

Terdahulu, pada 9 Mac lepas, dunia hiburan kecoh apabila Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies telah ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Bella kemudian memfailkan cerai pada 13 Mac secara ekspres namun pada sebutan yang kedua permohonan itu pada 4 April lalu, Aliff Aziz enggan menceraikannya.

Pelakon berkelahiran Singapura itu memberi alasan bahawa dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Sumber: mStar

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.