in

“Anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka” – AR Badul Terkilan Hak Sebagai Bapa Diabaikan Selepas Setahun Anak Meninggal Dunia

ARBADUL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pelawak AR Badul meluahkan rasa kesal dirinya tidak mendapat hak sebagai bapa kandung selepas setahun kematian anaknya.

Dia tidak nafikan bahawa hubungannya dengan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat, malah dia jarang bertemu dengan arwah selepas mengikuti bekas isterinya yang kini menetap di Sabah.


Kata AR Badul atau lebih dikenali sebagai Armaya Aman Ramlie, 71 lagi, anak-anak sendiri tak mengaku dirinya adalah bapa kandung. Lapor mStar Online.

 

Sampai dia besar saya memang jarang lihat dia. Suatu ketika dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Tapi, anak-anak sendiri kata saya bukan bapa mereka, ini benar-benar terjadi.”

arwah 1

Tambahnya lagi, kisah keretakan rumah tangga dan hubungan renggang dengan anak merupakan alasan haknya dinafikan ke atas peninggalan harta arwah yang maut ketika melakukan demonstrasi keupayaan di Kem Kok Lawo, Sabah tahun lepas.

Katanya, ‘pihak sana’ mengatakan bahawa dirinya tidak ambil peduli tentang anak-anak mereka.

“Saya bapa dia, pihak ATM juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tak layak. Malah, insuarans pun kata saya tak layak.”

71550898597 ARABDUL

AR Badul menegaskan bahawa dia bukan lah mahukan harta peninggalan arwah, tetapi hanya mahukan kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian.

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil, saya ni bapa dia.”

Pada 4 September 2019, Mohd Zahir, 26, pegawai komander daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia akibat terkena tembakan ketika melakukan aksi demonstrasi.

 

Baca : “Saya kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera” – Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak, AR Badul Mahu Inkues Mejar Zahir

inkues

Sumber: mStar
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.