Menjaga anak yang masih kecil ni bukanlah kerja yang boleh dipandang ringan. Kadang-kadang terleka seminit pun macam-macam boleh jadi.
Baru-baru ini, seorang bapa Daniel James Gallagher telah dikenakan hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah kerana cuai sehingga menyebabkan anak perempuannya yang baru berusia sembilan bulan meninggal dunia.
Menurut Mirror, kanak-kanak perempuan yang diberikan nama Leah Jayde itu meninggal dunia selepas bapanya ini tinggalkan dia berseorangan di dalam tab mandi dengan air paip yang dibiarkan terbuka.

Ketika hari kejadian, Gallagher telah pergi ke luar rumah untuk melihat masalah elektrik. Tapi, alang-alang dah keluar, lelaki ini membuat keputusan untuk hisap rokok sebentar dan scroll Facebook untuk beberapa minit.
Malangnya ketika dia masuk ke dalam, Gallagher melihat anak perempuannya itu telah pun lemas dan terapung dengan mukanya di dalam air dalam tab mandi yang sudah pun penuh.
Lelaki ini kemudiannya memanggil bantuan kecemasan dan cuba melakukan CPR sementara menunggu paramedik namun kanak-kanak malang ini gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah pertama kali kejadian seperti ini berlaku. Menurut bekas isterinya, Shaylan Gallagher, sebelum ini dia pernah balik ke rumah dan melihat anaknya itu berseorangan dalam bilik air sementara suaminya itu merokok di luar.
Pihak pendakwaraya menganggarkan bahawa bapa ini telah meninggalkan anaknya selama tujuh minit dan mengatakan kejadian ini bukanlah satu kemalangan kerana ianya boleh dielak namun ekoran kecuaian lelaki tersebut, anaknya itu telah mati.
Tindakannya ini lebih dari cuai. Lebih dari tak sengaja, tindakannya ini menyebabkan kematian yang boleh dielak.”
Allahu, nak menyesal pun dah tak berguna.
Baca: Ibu Asyik Berkaraoke, Tak Sedar Dua Orang Anak Lemas Lepas Terjatuh Dalam Tangki Kumbahan

