in

“Amir Jahari Music Saya Mohon Maaf. Lepas Ni Saya Guna Lagu Nasyid” – Mas Ermieyati

Amir Jahari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Jumaat lalu, komposer dan penyanyi Amir Jahari meminta Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menarik balik lagu Hasrat yang dimuatkan dalam video menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Amir, dia melarang penggunaan lagu tersebut untuk apa jua agenda politik. Tegasnya lagi, dia tidak menghalang orang awam untuk menggunakan lagu tersebut, namun janganlah ia disalah guna untuk menyebarkan api kemarahan dalam kalangan masyarakat.


Bekas Pengurus Amir, Joe Lee dalam ciapan Twitternya juga telah menggesa Mas Ermieyati segera memadamkan lagu tersebut yang digunakan tanpa izin.

Namun, Mas Ermieyati telah bertindak menempelak artis tersebut dengan berkata:

“Amir Jahari Music saya mohon maaf. Saya akan turunkan post saya dan letak lagu nasyid atau Siti Nurhaliza, artis yang tidak kisah kalau nak pakai lagu dia untuk sosial, kebajikan dan politik.”

“Satu sahaja pesan saya untuk anak muda seperti Amir Jahari … Teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu itu tidak suka jika digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya. Letak – Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu.”

Tambah Mas Ermieyati  lagi, video tersebut bukanlah dimuat naik oleh dirinya, tetapi oleh seorang anak muda berusia 19 tahun.

“Yang buat semua muat naik semua ini bukan saya, tetapi anak muda usia 19 tahun, lelaki kerana dia menghargai muzik, segar. Malah, Imaginur adalah filem yang sangat baik. Lakonan mantap dan idea baik.”

“Sebab itu apabila dia menyatakan minta turunkan lagu kerana tidak mahu ada politik dan dia nak saman saya sebab copyright, saya jadi macam garu kepala. Saya tanya mana kamu dapat lagu ini? Dia cakap dari YouTube. Habis tu, kalau dapat dari YouTube tak kan tak nak bagi orang dengar, lagi orang dengar lagi bagus.”

Walau bagaimanapun, warganet nampaknya tidak bersetuju dengan Mas Ermieyati. Rata-ratanya meminta agar hasrat Amir Jahari dihormati dan bukannya direndah-rendahkan sebegitu rupa.

Hmm, apa pendapat korang?

Baca: Kau Nak Buat Deep Art Music X Jalan La – Amir Jahari Rasa Nak Give Up Selepas Dihentam Netizen

Amir Jahari

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.