Sebuah van ambulans yang membawa pesakit warga emas terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini, difahamkan kejadian berlaku di Lebuh Bestari berdekatan Menara Usahawan, Putrajaya.
Difahamkan van ambulans itu telah dirempuh oleh seorang pemandu kereta jenis Audi TT FSI Auto, kejadian itu tular menerusi satu video di TikTok.
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Ambulans ‘Terbang’ Gara-Gara Hilang Kawalan, Gadis Kongsi Detik Cemas Kemalangan
Artikel Berkaitan : “Tok Kadi dah book” -Pengantin Lelaki Kemalangan, Lafaz Akad Nikad Dalam Ambulans
Sumber melaporkan bahawa ambulans dinaiki tiga kakitangan Hospital Putrajaya itu dalam perjalanan ke hospital selepas mengambil seorang pesakit di Presint 18.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, ambulans itu sedang melalui persimpangan lampu isyarat sambil membunyikan hon dan siren sebelum tiba-tiba dilanggar kereta mewah jenis Audi TT FSI.
Dalam video tersebut dilihat rempuhan yang berlaku itu agak teruk sampaikan van ambulans terbalik, dan pesakit yang merupakan warga emas dilihat tersadai di tepi jalan kerana terlibat dalam kemalangan tersebut.
Disebabkan itu,timbul spekulasi mengatakan pemandu kereta tersebut mabuk yang menjadi punca merempuh van ambulans, sebaliknya, Kosmo! melaporkan bahawa pemandu kereta itu sebenarnya panik.
“Siasatan mendapati, pemandu kereta panik dan tidak sempat menekan brek seterusnya melanggar ambulans yang ketika itu melalui persimpangan lampu isyarat yang bertukar hijau.
“Kereta berkenaan dari arah Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra, manakala ambulans itu pula dari arah Presint 18 menuju ke Hospital Putrajaya.”
Jelasnya lagi, ambulans itu terbalik dan tiga mangsa termasuk dua penumpang ambulans serta seorang pesakit mengalami kecederaan. Sementara itu, pemandu kereta dan penumpangnya pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Ketika kejadian permukaan jalan rata dan tidak licin. Kes kini masih disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”
Beliau memohon agar saksi kejadian tampil bantu siasatan dan mohon untuk dapatkan rakaman televisyen litar tertutup di lokasi.
Sumber : TikTok, Sinar Harian