Amboi Kecil-kecil Dah Pandai! Yusuf Iskandar Ngorat Siti Aafiyah?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sejak dilahirkan 19 Mac yang lalu, nama puteri sulung Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K asyik meniti di bibir semua orang dan boleh kata Siti Aafiyah adalah bayi paling popular lah kat negara kita sekarang.

Bila Tokti muat naik je gambar Siti Aafiyah kat Instagram, ramai yang duk komen memuji-muji kecomelan bayi yang saling tak tumpah macam penyanyi nombor satu negara kegemaran kita semua tu.

Sumber: Instagram

Paling mencuri tumpuan adalah bila Yusuf Iskandar pun ada tinggalkan komen kat gambar Siti Aafiyah! Pemilik akaun @theyusufiskandar tu tinggalkan komen simple berbentuk emoji fall in love kat ruangan komen di bawah gambar Siti Aafiyah. Amboi, kecik-kecik dah pandai ye!

Sumber: Instagram

Lepas tengok komen tu, ramai la yang cakap Yusuf tengah ‘usha’ girlfriend dan cuba nak mengorat Siti Aafiyah. Rata-rata berikan sokongan diorang pada Yusuf dan mendoakan agar anak lelaki Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ni bertemu jodoh dengan Siti Aafiyah. Eceehhhh!

Sumber: Astro Awani

Sebelum ini Tokti pernah komen di Instagram Yusuf, memuji kecomelan ‘bakal menantunya’ itu. Waktu tu Tokti masih belum hamil dan peminat kata yang Tokti seperti berharap akan dapat anak perempuan supaya dapat jadikan Yusuf Iskandar sebagai menantu.

Sumber: Instagram

Nampaknya, impian Tokti dah jadi kenyataan dengan kehadiran di comel pipi merah ni! Semalam Tokti juga dah release video muzik rasmi untuk lagu Comel Pipi Merah, korang dah tonton ke belum?

Apa-apapun pihak kami doakan Yusuf Iskandar dan Siti Aafiyah kedua-duanya sihat dan membesar dengan baik, jadi anak yang soleh dan solehah. Ting ting tang ting!

Baca: 6 Sebab Siti Aafiyah Jadi Bayi Selebriti No 1 Yang Terkenal Macam Ibunya!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.