Usaha yang akhirnya membuatkan hasil, siapa sangka disebalik kejayaan Squid Game di Netflix, rupa-rupanya tersirat kisah yang penuh onak duri terhadap pengarah dan pembikin siri ini, Hwang Dong-hyuk.
Bikin jalan cerita hampir 1 dekad
Beliau mengambil masa hampir 10 tahun untuk bikin jalan cerita. menurut NME, ketika ditemubual, Hwang mengetakan pada asalnya plot Squid Game ini dibuat sebagai skrip movie, tetapi kerana plot yang kompleks, tidak ada yang mahu bantu menghasilkannya. Ia ditolak beberapa kali oleh pihak produksi sehingga Netflix memutuskan untuk menyiarkan siri ini.
Seperti yang kita sedia maklum, siri ini diinspirasikan daripada permainan kanak-kanak dari Korea pada sekitar 70-an ke 80-an.
Selain itu, Hwang menyatakan ia juga diispirasikan daripada komik manga. Malah, patung yang dalam ‘Red Light, Green Light’ juga diadaptasi daripada satu karakter daripada buku teks sekolah rendah di negara dan pada waktu itu.
“Saya juga mengalami masalah kewangan.”
Ketika ditemual oleh Variety, Hwang menceritakan bahawa dirinya juga mengalami masalah kewangan pada waktu dia memikirkan plot cerita itu.
“Ketika saya bermula, saya juga menghadapi masalah kewangan dan menghabiskan banyak waktu di manhwabang (manga cafe di Korea) membaca komik seperti Battle Royale dan Liar Game. Saya terfikir bagaimana perasaan saya sekiranya saya menyertai permainan seperti ini. Tetapi saya mendapati ia terlalu rumit, dan untuk kerja saya sendiri, saya menumpukan pada penggunaan permainan kanak-kanak.”
Malah, sumber juga mengatakan bahawa Hwang sanggup menjual semua laptop peribadinya.
‘Squid Game’ creator Hwang Dong-hyuk wrote the show in 2009 but was rejected by studios for 10 years.
He once had to stop writing the script + sell his $675 laptop due to money struggles.
Today, it’s #1 in 90 countries + set to become the most-watched show in Netflix history. pic.twitter.com/RbFr8JeW1m
— The Numbers Game (@Tngtweets1) October 4, 2021
Kata Hwang lagi, skrip cerita ini telah siap pada tahun 2009, tetapi susah nak dapat tayangkan kerana tidak ada bajet, malah pihak produksi dan pelakon juga tidak mahu terlibat dalam hasil ilhamnya itu.
Pada waktu itu, Hwang menyatakan bahawa orang anggap cerita ini terlalu nampak ganas, rumit dan paling penting sekali tidak boleh ‘masuk’ ke komersial memandangkan ia tidak sesuai untuk televisyen Korea yang lebih kepada family oriented.
Hampir putus asa, kembali semangat lepas wujudnya Netflix
Selepas 10 tahun berlalu, Hwang yakin bahawa sudah tiba masanya untuk mencuba lagi dengan skrip permainan anak-anaknya. Mujur sekarang ini ada Netflix yang menjadi perkhidmatan penstriman paling popular di dunia dan yang membolehkannya memiliki kebebasan kreatif yang dia perlukan.
“Ini kisah yang menyedihkan. Tetapi alasan saya kembali ke projek ini adalah kerana dunia hari ini telah menjadi tempat di mana kisah-kisah kelangsungan hidup yang luar biasa ini sangat umum.” Katanya menerusi Chosun.
Tergendala sebab Covid-19 masa penggambaran, jawab tuduhan tiru cerita Jepun
Saat diterima masuk Netflix, ada lagi masalah lain timbul. Penggambarannya terpaksa dihentikan selama beberapa bulan kerana pandemik COVID-19 dan ketika dirilis, ia mendapat tuduhan plagiarisme, terutama untuk bab pertama yang, menurut pengkritik, mempunyai banyak persamaan dengan filem Jepun, As The Gods Will pada tahun 2014.
Namun, Hwang mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dia menulis skripnya pada tahun 2009 dan bahawa kemiripannya adalah kebetulan.
Kritikan daripada penonton
Siri ini juga mendapat kritikan kerana didakwa memp[unyai elemen kuno dan misoginistik (secara teori untuk memperkuat stereotaip “wanita yang menggoda dan menipu”, “lelaki tua yang tidak berguna” dan pendatang.)
Pengarah itu menegaskan bahawa dia menulis kisah itu sebagai “kiasan atau dongeng tentang masyarakat kapitalis moden.”
Malah cabaran lain yang dia harus hadapi adalah,…
“Menulis (The Squid Game) lebih sukar daripada biasa bagi saya, kerana ia adalah siri, bukan filem. Saya mengambil masa enam bulan untuk menulis dan menulis semula dua episod pertama. Kemudian saya berunding secara lisan dengan rakan-rakan dan mendapat petua untuk ditambah baik.”
Tapi sekarang kita dah lihat bahawa ia akhirnya membuahkan hasil sehinggakan ramai orang yang menonton siri ini. Malah, ia bukan sahaja mendapat sambutan hangat di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat juga.
The Squid Game 2?
Ditanya mengenai sambungan Squid Game musim kedua, lapor Cine Première, Hwang buat masa ini masih belum ada plan untuk membuat siri ini untuk musim kedua dan dia kini sedang menulis draf filemnya yang seterusnya, sebuah projek yang dinamakan KO Club (singkatan dari Killing Old Men Club).
“Saya tidak mempunyai rancangan untuk The Squid Game 2. Sangat melelahkan jika memikirkannya. Tetapi jika perlu, pasti tidak akan melakukannya sendiri. Saya akan mempertimbangkan untuk menggunakan ruang rehat untuk menulis dan saya mahu beberapa pengarah berpengalaman. “ Kata Hwang kepada Variety.
Baca : Syarikat Jalur Lebar Korea Saman Netflix Gara-Gara ‘Squid Game’?