in

“Allahuakbar!” – [VIDEO] Lelaki Terserempak ‘Kelibat Misteri’ Tunduk Kepala Masa Balik Memancing

Fi Kelibat Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang tu, memandu pada waktu malam memang dah jadi kebiasaan untuk mereka. Disebabkan tak perlu menempuh perjalanan dalam cuaca panas, serta bilangan kenderaan juga tak sebanyak seperti waktu siang.


Walau bagaimanapun, ada juga yang berpengalaman kurang bernasib baik dan terserempak dengan benda-benda ‘mistik’ apabila memandu di sesuatu jalan pada waktu malam.

 

Terserempak ‘kelibat misteri’ dalam jalan gelap

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kay On, telah berkongsi pengalaman seramnya sewaktu dia melalui sebatang jalan.

Menurutnya ketika itu dia dalam perjalanan pulang daripada memancing dan dia melalui sebuah jalan yang sangat gelap. Pada mulanya, tak ada sebarang perkara pelik yang terjadi atau kelihatan menerusi rakaman video dibuat Kay. Namun lepas beberapa ketika, dia terserempak dengan ‘kelibat misteri’ yang seakan sedang tunduk kepala di tepi jalan.

Selepas nampak kelibat itu, dia berniat untuk u-turn balik dan tengok benda tu sekali lagi. Tapi membatalkan hasratnya setelah sedar bahawa minyak keretanya dah nak habis.

Tambahnya lagi, sepanjang perjalanan itu memang tiada kenderaan lain di samping jalan juga amat gelap sebab tiada lampu jalan.

Ada "sesuatu" yang berdiri di tepi jalan, aku tak pasti apa?, kejadian baru tadi, ni aku otw balik dari memancing seorg…

Posted by Kay On on Wednesday, August 25, 2021

 

Tayar kereta pancit

Tak cukup dengan itu, Kay turut memberitahu bahawa tayar keretanya pancit selepas berselisih dengan kelibat tersebut hinggakan dia terpaksa berhenti dan tukar dengan tayar spare dan teruskan perjalanan untuk pulang.

Kelibat Tepi Jalan 4

 

“xkanlah orang duduk tengah2 gelap cmtu”

Di ruangan komen, perkongsian oleh Kay itu menjadi perdebatan oleh netizen yang melihat video tersebut. Bukan saja Kay, malah ramai juga warganet yang pelik dan tertanya-tanya macam mana sekiranya ‘benda’ itu orang boleh berada dalam kawasan gelap macam tu.

Selain itu juga, banyak lagi anggapan dan teori yang diberi oleh orang ramai mengenai entiti tersebut.

Kelibat Tepi Jalan 5 Edit Reak Kelibat Tepi Jalan 1 Edit

Korang rasa apa? Tu orang, atau ‘benda’? Fikirkan. Min gerak dulu okay pape rojer.

 

Baca : [VIDEO] Seram! Abang Lori Tengah Rehat, Sosok Rambut Panjang ‘Kacau’ Dekat Tingkap

Fi Seram Pemandu Lori

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.