Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Salah satu negeri yang terkesan teruk dari pandemik ini ialah, negeri Sabah. Penduduknya yang pelbagai suku dan tinggal disegenap pedalaman menyukarkan bantuan disalurkan secara terus kepada mereka.
Tular di media sosial serta turut mendapat liputan daripada TV3, seorang lelaki dari Suku Bajau Laut meminta bantuan makanan daripada Polis Marin di Sabah. Korang boleh tengok video @AishahhAlias kat bawah ni.
Orang bajau laut sampai kena kejar bot polis marine untuk minta makanan. Kesiannyaa. Tengok muka pakcik tu lepas dapat bantuan muka dia senyum keseronokan hmmm nak nangis. pic.twitter.com/zXQvOaD8G3
— Aishah A. (@AishahhAlias) October 24, 2020
Allahu sedihnyaa…
Walaupun subtitle tu terlindung dan admin pun tak berapa faham bahasa dari daerah sana, admin dapat rasa kesusahan dan keperitan yang mereka alami. Susah tu kalau bantuan makanan tak sampai time-time Covid macam ni.
Allahu sampai macam tu sekali dorang nak survive. Tak dapat bayangkan kalau kita kat sini jadi macam tu gak.
Betul, kalau tak berita macam ni tak sampai kat kita. Kita tahu orang disana susah, tapi tak tahu susahnya macam mana. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan selamat hendaknya.
Admin pun sedih tengok video tu. Rupanya ada orang yang lagi susah dari kita. Semoga urusan semuanya dipermudahkan. Amiiin.