in

“Allah bagi tepat pada waktunya” – Suami Sebak Bila Dapat Tahu Isteri Hamil Masa Melawat Bayi Rakan

Ft Suami Sebak Isteri Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat menimang cahaya mata merupakan satu ‘anugerah’ buat setiap pasangan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dah menantikannya selama bertahun-tahun. Kebiasaannya apabila mengetahui perkara ini, reaksi suamilah yang paling priceless sekali.


Semasa meraikan kegembiraan buat rakan yang baru sahaja menimang cahaya mata, wanita yang dikenali sebagai @neddyyazid92 ini berikan satu kejutan buat suaminya berkenaan dengan kehamilannya itu.

 

Setelah 4 tahun menanti, datang tengok baby orang sekali dia yang bakal dapat baby

Dalam video yang berdurasi 1 minit 13 saat itu, suami kepada Neddy sedang leka menatap bayi rakannya itu sebelum mendapat alat penguji kehamilan yang bertanda 2 garisan dari isterinya.

“Setelah 4 tahun menanti, Allah bagi tepat pada waktunya, mula-mula dia tak percaya sebab saya suka bergurau dengan dia, suara kawan kat belakang pun terkejut sebab semua tak tahu lagi,” kata Neddy sambil bertanyakan sama ada mahu bayi atau tidak di dalam video.

Suaminya terus mengalirkan air mata dan memeluk Neddy, menurut Neddy dia sudah tahu berita ini sudah 5 hari dan merancang untuk memberikan kejutan kepada semua.

“Walaupun ini bukan yang pertama, tapi kali ini rasa lain sangat, saya doakan semua yang menanti zuriat teruskan bersabar, Allah bagi tepat pada waktunya.”

@neddyyazid92

semoga Allah permudah segalanya… alhamdulillah syukur💚 semoga murah rezeki anak ini….buat suami saya @Haniff Njang selamat menjadi ayah yg ke dua kali🤣 #suprisebaby

♬ Buah Hati – Armada

Menurut mStar Online, Neddy menyatakan bahawa dia sebelum ini dapat merasakan yang dia telah hamil dan membuat ujian tersebut sebanyak 2 kali tetapi keputusan agak kabur. Namun keputusan itu jelas kelihatan setelah melakukannya untuk kali ketiga.

“Betapa gembira suami selepas dapat tahu saya hamil, dia sampai pegang alat  penguji kehamilan itu tak lepas-lepas.”

Video tersebut telah meraih sebanyak 475K jumlah perkongsian sepanjang 3 hari ia dikongsikan dan rata-rata netizen pun turut terharu apabila menyaksikan reaksi si suami itu bersertakan ucapan tahniah buat Neddy.

Baca : “Saya sedang hamil”- Wanita Tampal Notis Mohon Maaf Jika Perlahan Ketika Tunggang Motosikal

F2 Mmi

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.