in

Aliff Syukri Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Tiga Individu Yang Mencuri Hartanya, Beri Ganjaran Istimewa

Page 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali lagi usahawan produk kesihatan, Dato’ Aliff Syukri menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar tiga individu yang didakwa menyebabkan kerugian kepadanya.


Terdahulu, Aliff Syukri memuat naik video rakaman beliau memarahi salah seorang pembantu rumahnya yang didapati mencuri barangan miliknya dan isteri, Datin Shahida. Antara barangan yang dicuri adalah tudung dan pakaian milik isterinya, wang tunai dan beberapa barangan lagi.

Aliff0
sumber: facebook

Beberapa hari selepas video itu tular di media sosial, semalam, beliau memuat naik satu gambar yang menunjukkan tiga individu dan ianya tular serta merta sehingga dapat hampir 42ribu perkongsian di Facebook.

Melalui status itu, Aliff memohon orang ramai membantunya menjejaki tiga individu tersebut dan ganjaran akan diberikan kepada mereka yang berhasil mendapatkan suspek.

Beliau menulis,

“Perhatian semua!! Ini adalah mesej penting. Ini adalah individu paling dikehendaki di Malaysia dan di dunia. Jika anda boleh kongsi dan bantu saya menangkap mereka ini, saya akan berikan ganjaran istimewa.”

Menurutnya, mereka bertiga telah mencuri jam tangannya bernilai RM100,000, cincin dan wang tunai yang banyak serta telefon bimbitnya. Licik betul dorang ni.

Aliff
sumber: facebook

Menurutnya lagi, ketika kali pertama tertangkap, ketiga-tiga mereka merayu untuk tidak dibawa ke balai polis. Bersimpati dengan nasib mereka, Aliff bersetuju untuk melepaskan dua pembantu rumah serta seorang tukang kebun  itu. Ternyata, atas belas kasihan sesama manusia, beliau ditipu dan mereka tetap melakukan kegiatan mencuri. Eh orang dah baik hati lepaskan, dia buat jugak lagi!

Aliff5
sumber: facebook

Netizen yang mendapat tahu tentang berita menimpa Aliff rata-rata memberikan respon positif dan menunjukkan bahawa mereka bersedia membantunya untuk menangkap semua pencuri itu.

Seorang netizen berkata,

“Roger Datuk…Semua laluan melalui laut ke seberang kita akan adakan sekatan dan pemantauan, begitu juga melalui jalan darat melepasi sempadan negara dan juga lapangan terbang melalui udara. Mereka tidak akan terlepas Datuk.”

Bukan itu sahaja, seorang wanita turut berkongsi cerita dan menyatakan bahawa salah seorang daripada tiga individu itu pernah bekerja dengannya.

“Salah seorang ini pernah kerja dengan saya dulu. Kalau tak salah, namanya Erni. Dia memang suka mencuri dan lari dengan jantan!!! Akhirnya dia kembali bekerja di rumah Dato dan tetap buat perangai yang sama! Dia memang pandai buat-buat baik, muka cantik tapi perangai nauzubillah!”

Aliff mengakhiri statusnya dengan menyatakan perhargaannya kepada semua yang kongsikan gambar tersebut di Facebook. Beliau turut mendoakan bahawa mereka yang kongsi gambar tersebut tidak akan mengalami nasib yang sama sepertinya.

Aliff4
sumber: facebook

Bagaimanapun menurut Harian Metro, pihak polis telah menangkap tiga individu dari enam yang terlibat dalam kes ini setelah mangsa menjumpai bahan bukti iaitu penyata deposit wang pada jam 4 petang semalam. 

Semakan mendapati penyata tersebut telah didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia yang dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.

Pun begitu, suspek tidak mengaku melakukan jenayah tersebut dan memberi jawapan meragukan sebelum Aliff membuat laporan polis.

Tiga suspek yang ditahan merupakan pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya. Buat masa ini siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga suspek yang masih lagi bebas.

Apa-apa pun, semoga tiga individu ini berjaya ditangkap secepat mungkin supaya tiada yang menjadi mangsa selepas ini. Habis lah dorang, Dato’ banyak supporters okaayyy!gini..

Baca: Ibu Bapa Beri Contoh Tidak Baik, Curi Tabung Derma di Kaunter Stesen Minyak Depan Anak

Curi 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.