Selepas 9 bulan terpisah akibat pandemik Covid-19, Aliff Aziz akhirnya bersatu semula dengan isteri, Bella Astillah dan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Pertemuan itu sudah semestinya menjadi detik bahagia buat pasangan ini dan dua anak mereka jadi Aliff dan Bella tidak melepaskan peluang untuk merakam memori tersebut untuk masa akan datang.
Video itu yang dimuat naik di akaun mereka mendapat perhatian netizen dan telah menyentuh hati ramai termasuklah rakan-rakan artis. Melalui rakaman itu, Ayden boleh dilihat paling teruja kerana akhirnya dapat memeluk erat bapanya itu setelah beberapa bulan terpisah.
Aliff yang sebelum ini pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke Malaysia semula selepas Covid-19 menular dan menyebabkan sekatan perjalanan.
Pasangan ini kemudian meluangkan masa bersama ke kedai barangan kanak-kanak dan membawa pulang hadiah buat anak-anak mereka. Video itu telah mengundang rasa terharu dalam kalangan pengikut mereka di Instagram di mana rata-ratanya menyatakan rasa sebak mereka melihat Aliff dan Bella dapat bertemu semula.
Sehingga kini video itu telah mendapat lebih 760,000 tontonan dan ramai mendoakan pasangan ini agar hubungan mereka berkekalan dan dalam keadaan baik di masa akan datang.`Rakan artis juga turut bergembira dengan penyatuan semula pasangan ini serta mendoakan yang baik untuk mereka.
https://www.instagram.com/p/CJEERwcjSp7/