Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon sensasi Aliff Aziz tampil bersuara tentang masalah yang sedang berlaku.
Menerusi temu bual podcast bersama The Common Folks SG yang disiarkan pada malam tadi, Aliff mempersoalkan tindakan wanita yang didakwa kekasih gelapnya iaitu Sarah Yasmine kerana melakukan pendedahan sehingga menggegarkan industri hiburan.
“Saya tak percaya bila saya nampak hantaran yang dibuat Sarah tentang hal peribadi saya, perbualan peribadi saya, saya rasa macam kenapa perlu dia dedahkan?
“Sampai sekarang saya fikir kenapa dia rasa dia buat benda ini untuk saya walaupun dia tahu dan faham perkara ini akan keruhkan lagi keadaan dan apa yang didedahkan ini tiada kena mengena pun dengan dia.
“Macam mana dia boleh rasa dia buat benda ini untuk alasan ‘sayang’, atau untuk bantu bersihkan nama saya sebab saya rasa it doesn’t connect the dots.”
Artikel berkaitan: “No thanks!” – Ruhainies Ajak Berdamai, Sarah Yasmine ‘Block’ Di Media Sosial
Aliff menyatakan dia tidak tahu apa tujuan wanita terbabit mendedahkan semua perkara yang telah disebarkan sehingga telah menyentuh ramai pihak.
“Enjoy the 5 minute of fame”
Susulan perkara yang terjadi, Aliff mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih gelapnya itu dan berharap Sarah menikmati publisiti yang sedang diraihnya.
“Saya harap dia enjoy the five minute of fame ini dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena.
“Tapi hati-hati kerana apa-apa yang kita buat termasuk saya sekali akan ada akibatnya. Apa yang sudah berlaku kita sudah tidak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan goodbye.”
Sarah dakwa ucap ‘goodbye’ dulu
Menjengah ke Instagram Story Sarah Yasmine, dia mendedahkan bahawa dia sendiri yang mahu mengakhiri hubungannya dengan Aliff.
Dalam tangkap layar yang dikongsikan, tertera hari Isnin iaitu pada 29 April dan dia juga telah block Aliff di Instagram.
Harap isu ini habis sampai di sini…