Sejak hari ahad yang lalu (2 Februari 2020), kecoh di laman media sosial mengenai tindakan seorang jutawan bengkung iaitu Nur Sajat yang pergi ke Mekah dengan memakai telekung.
Sehingga ke hari ini, isu tersebut masih lagi hangat diperkatakan dan Sajat mengambil langkah selamat dengan terus mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan dari pihaknya.
Namun begitu, ramai yang mengatakan bahawa Sajat masih lagi berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya.
Terbaru, Sajat telah memuat nak video berdurasi dua minit 3 saat di laman Instagram yang menunjukkan dia sedang memberi sedekah berupa makanan kepada orang ramai di Mekah.
Sajat juga meningalkan kapsyen dalam video tersebut yang mengatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik dan tenang sepanjang berada di Mekah.
Tambahnya lagi, dia turut berharap supaya dapat meluangkan masa yang lebih banyak lagi di tanah suci itu supaya boleh terus membuat amal jariah kepada orang ramai.
“Saya tenang disini, kalau boleh nak sentiasa berada di sini, jika banyak lagi masa, hari-hari Sajat nak bagi macam ni, Insyaallah.” Sajat.
Semoga segala urusan dipermudahkan.