Mana-mana rakyat pun mesti nakkan pemimpin yang bukan saja adil dan pandai menguruskan kerajaan tapi juga seorang yang dapat mengimamkan jemaah ketika solat di masjid. Jarang sangat kalau dulu kita nak tengok pemimpin baca khutbah, tapi hari ni Mat Sabu seperti biasa buat satu kejutan!
Menerusi Twitter Menteri Pertahanan, Mat Sabu kongsi gambar beliau sedang baca khutbah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai di Ipoh, Perak.
Lebih menyentuh hati, khutbah Jumaat yang disampaikan Mat Sabu mengajak umat Islam untuk berani mengaku kesilapan dan buat pembetulan agar menjadi umat yang lebih mulia, lapor Sinar Harian.
“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.
“Kita kena akui kelemahan dengan penuh tawaduk dan sama-sama membina kesilapan dilakukan umat Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya dalam semasa khutbah Jumaat tadi.
Hadir bersama Solat Jumaat tersebut ialah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan solat ni diimamkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Wah bagus pemimpin macam ni…
Tweet Mat Sabu membaca khutbah Jumaat ni mendapat pelbagai komen positif daripada netizen. Rata-ratanya sangat terharu dengan sikap Menteri Pertahanan ni yang menunjukkan contoh pemimpin yang bijak imbang agama dan politik. Confirm jemaah tak tido dengar khutbah Abang Mat kan?
Moga-moga nilai baik macam ni terus berkembang dan berjangkit pulak dekat menteri-menteri lain. Steady Abang Mat!