in

“Alamak, kantoi sangat ni” – Live Ku Ikhlaskan DSV Di Big Stage Rupanya Miming?

Page Vida Miming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang layan Big Stage, akhirnya pentas dengan tagline Dominasi BBNU itu menutup tirai dengan Elica Paujin dinobatkan sebagai juara, Daniel Chuer ditempat kedua dan juga Aisyah Retno ditempat ketiga.


Tahniah diucapkan!

Walau bagaimanapun, selain dari barisan pemenang yang diumumkan, ada juga perkara lain yang menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Vida (DSV) yang buat persembahan Ku Ikhlaskan di pentas final!

@cadburiess__

Miming ke tu ?? #Malaysia #Viral #fyp #xyzbca #bigstagefinal #bigstage2022 #dominasibbnu #kuikhlaskan #dsv #tokti

♬ original sound – Cadburiess ? – Cadburiess ?

Seperti video yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok @cadburies__ ini, memang ramai dapat jangkakan yang DSV akan menyanyi lagunya yang telah dikeluarkan pada 21 Mac lalu. Namun, tak sangka pula sampai…

“Ni bukan live, Tapi…”

Ternyata sepanjang persembahan itu, difahamkan bahawa usahawan terkenal itu hanyalah miming dan bukannya menyanyi secara langsung! Ini kerana kedengaran suaranya sama seperti dalam muzik video. Cer korang dengar betul-betul…

Min ingatkan min je yang perasan… Rupanya sampai pengarah drama, Micheal Ang pun buat tweet kat Twitter dia @MichaelAng38, ulas tentang persembahan DSV.

“Cameraman understand the assignment”

Disebabkan itu, komen-komen netizen di media sosial rata-rata berpendapat bahawa penggunaan kamera di Big Stage patut diberikan pujian kerana berjaya menampakkan DSV seperti betul-betul menyanyi secara live.

Komen 1 Full

Komen 2

Tak kurang juga yang mengatakan yang DSV lebih berbakat dalam penulisan lirik dan juga sebagai komposer lagu kerana setiap baris dalam lagu Ku Ikhlaskan itu seolah-olah boleh difahami serta dirasai oleh orang ramai.

Best je kan sebenarnya lirik lagu ni… Banyak orang cover version sendiri pulak tu, korang memang power!

Baca: “Tak ada kena mengena” – DSV Serabut Iqbal Tunjuk Bukti Lagu Baharu Ditujukan Untuknya

Untitled 11

Sumber: TikTok
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.