in

“Alahai, budak-budak kot” – [VIDEO] Netizen Tak Setuju Mas Idayu Tengking Peserta Nyanyian Kanak-kanak

Mas Idayu Tengking

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tidak kenal dengan Mas Idayu, antara penyanyi bergenre dangdut yang amat popular sehingga hari ini, dia juga pernah berkecimpung dalam dunia lakonan kebelakangan ini.

Terkenal dengan panggilan ‘Mummy’, Mas Idayu juga banyak menjadi juri serta pelatih dalam rancangan realiti TV nyanyian seperti Mentor dan Dangdut Academy Asia (Indonesia), dia juga terkenal dengan kritikan yang ‘pedas’.


Baru-baru ini, dia sekali lagi menjadi juri dalam Ceria Popstar iaitu sebuah rancangan realiti nyanyian di mana pesertanya semua adalah kanak-kanak.

Sebuah klip video pendek menarik perhatian netizen apabila Mas Idayu memberikan kritikan hebat dengan nada seperti menengking kepada salah seorang peserta rancangan itu sehingga matanya kelihatan ‘berkaca’.

https://www.instagram.com/p/CfYehiFJsGH/

“Awak tadi menari semua okay, tapi ni pentas nyanyian! Awak kena menyanyi, jangan suka-suka awak nak buat macam tadi tu, tapi nyanyian awak semua rosak!” teriaknya.

Walaupun Mas Idayu memang terkenal dengan memberikan kritikan sebegitu, tetapi ramai netizen yang beranggapan perkara itu tidak perlu kerana itu adalah rancangan pencarian bakat kanak-kanak.

Mid

Ayo, takkan sampai macam tu sekali?

Baca: “Tak nampak garang” –  Ramai Puji Mas Idayu Bertudung Sejak September, Minta Peminat Doakan Yang Baik-baik

Ft Mas Idayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.