Kenyataan daripada seorang pempengaruh telah mengundang rasa kurang senang netizen dalam satu podcast yang dikelolakan oleh pelakon Safwan Nazri.
Pempengaruh yang dikenai sebagai Space Dollah ini menjadi tetamu undangan untuk podcastnya berkenaan dengan pengalaman-pengalaman seram yang panel pernah alami.
Artikel berkaitan : “Seram” – Balik Kerja Lewat Malam, Lelaki Ini Terkejut Nampak ‘Sesuatu’ Di Jalan, Rupanya…
Artikel berkaitan : Rakam Video Bersiap Seorang Diri, Wanita Seram Sejuk Dengar Suara Mendayu Panggil Nama
Dalam podcast tersebut, isu yang dikupas adalah pendirian panel samada percaya kewujudan makhluk halus atau tidak. Dirumuskan bahawa, pempengaruh tersebut tidak mempercayainya kerana anggap tidak logik.
Nak dipendekkan cerita, isu berkenaan dengan hijab terbuka mula timbul apabila Safwan mendedahkan pengalamannya ketika terlibat dalam satu telefilem yang berjudul, Hijab Rejab. Dia menjelaskan ketika itu ada berjumpa dengan beberapa individu yang memiliki kelebihan ‘hijab terbuka’. Ia dilakukan Safwan semata-mata untuk mendalami watak di dalam telefilem itu.
Antara individu yang dijumpai adalah orang yang hijabnya terbuka sejak dari kecil dan individu yang ingin membuka hijabnya sendiri dan menyesal dengan tindakannya itu. Perkongsian daripada Safwan telah menarik perhatian Space Dollah dan situasi dilihat agak tegang apabila pempengaruh itu teringin membuka hijabnya.
Sebagai seorang rakan, Safwan menasihati agar tidak melakukan sedemikian namun ditempelak oleh pempengaruh tersebut seperti dalam situasi video di bawah ini.
@karl07198 Pelik tapi benar…, #sembangseram #podcast #safwannazri #viral
Bagaimanapun, Space Dollah menjelaskan bahawa niat dia bukanlah mahu tunjuk hebat, namun dia tertanya-tanya tentang keberadaan ‘makhluk halus’ ini. Kenyataan sebegitu telah mengundang kecaman netizen.
Ada netizen yang menjelaskan bahawa buka hijab bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main, apatah lagi ada individu yang hijabnya terbuka sejak dari kecil tidak mahu ‘kelebihan’ itu dan mahu menutupnya
Hurm, min macam nak tunggu apa jadi selanjutnya nanti.