in

“Aku nak tidur, takkan nak jumping jack” – Wanita Pelik Diserang Jiran Tingkat Bawah, Dituduh Memekak Tengah Malam

Ft Jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita diserang oleh jiran kerana dituduh membuat bising sehingga mengganggu ketenteramannya yang tinggal di tingkat bawah.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Layla Rahim ini, dia ‘diserang’ oleh jirannya itu sekitar hampir jam 1 pagi semalam (12/3/2026) di sebuah kediaman berstrata di Kuala Lumpur. Jelasnya, serangan tersebut merupakan kali kedua oleh jirannya itu.


Artikel berkaitan: Gara-gara Najis Merpati Masuk Rumah, Wanita Diserang Jiran Dengan Sabit Sampai Berdarah Muka

Artikel berkaitan: “2, 3 pagi bising aku dah tak boleh tahan” – Netizen ‘Grab Pop Corn’ Tengok Video Wanita Mengamuk Bawa Pisau Serang Jiran Sebab…

Jelas Layla lagi, jiran tersebut mengeluh bunyi bising seperti bunyi melompat, berlari dan alih perabot yang dieprcayai datang dari kediamannya. Bagaimanapun, Layla menegaskan bahawa dia tidak melakukan sebarang bunyi bising seperti mana yang didakwa oleh jiran tersebut.

“Almost 1am neighbour (rumah bawah) aku, naik marah2 cakap aku bising. Melompat, berlari, alih perabut. Ni second time dia datang. Aku dah ready nak tido baru lepas lipat baju… takkan nak jumping jack dgn pakai baju tido. Tak jatuh pulak t*k aku kat lantai nanti. Bulan puasa ni bukan setan kena rantai ke? Asal eh ade lagi berkeliaran,” kata Layla menerusi Threads miliknya.

Bercerita kejadian tersebut, Layla mengatakan kali pertama jiran tersebut ke rumahnya, jiran itu tidak marah-marah seperti yang terjadi dalam video. Namun kali kedua ini, mood jiran tersebut berubah.

“Bila kita suruh rakam bunyi, dia kata kenapa saya perlu kena rakam? Suruh buat laporan ke pengawal keselamatan kalau jiran dia ni bising sangat dia macam kenapa saya kena buat macam tu? Tapi akhirnya dia buat laporan juga.”

“Tapi sebelum tu, saya dah hubungi pihak pengawal keselamatan dulu cakap pasal dia datang kali kedua tuduh saya buat bising,” katanya ketika ditemubual oleh Lobak Merah.

Tambahnya, buat masa sekarang masih belum ada sebarang perkembangan daripada kes ini, namun Layla ada menjelaskan bahawa pihak pengawal keselamatan ada menjelaskan situasi yang terjadi kepadanya iaitu water hammering.

Bunyi bising, tahyul?

Jika diperhatikan, masalah bunyi bising orang berlari, alih perabot ini memang satu perkara biasa yang terjadi buat mereka yang tinggal di kediaman seperti pangsapuri mahupun kondominium. Ramai yang kaitkan kejadian seperti ini dengan perkara-perkara tahyul.

Bunyi ini sebenarnya dikenali sebagai water hammering satu kejadian apabila tekanan air dari paip di dalam dinding yang kuat tiba-tiba terhenti. Bagaimanapun, ada juga yang masih kaitkan perkara ini dengan kejadian mistik.

Misalnya dalam kes Layla ini, di ruangan komen ada yang mengatakan rumah tersebut ada ‘sesuatu’, malah Layla turut mengatakan bahawa tingkat rumahnya itu sunyi dan tiada masalah bunyi seperti itu.

Sumber: Threads, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.