Zaman sekarang, banyak cara orang guna media sosial. Ada yang kongsi perkembangan hidup, ada yang kongsi tips, ada tularkan sesuatu gambar atau video dan macam-macam lagi.
Bukan itu saja, sesetengah orang akan dedahkan tentang kecurangan pasangan mereka di media sosial, begitu jugalah yang dilakukan oleh seorang wanita dari Indonesia ini.
Baru-baru ini, wanita bernama Hayani itu telah memuat naik video rakaman teman lelakinya yang kantoi keluar berdua-duaan dengan wanita lain. Video dimuat naik di TikTok itu menunjukkan kekasihnya itu sedang menikmati makanan bersama wanita berkenaan.
Menurut sebuah blog, Hayani sendiri telah merakamkan video tersebut kerana pada ketika itu mereka masih belum memutuskan hubungan. Jadi, dia bertindak merakam tindakan teman lelakinya yang kantoi curang itu.
Aku memang tidak secantik dia, setidaknya aku tidak pernah ngambil milik orang lain.”
Terima kasih untuk kalian berdua yang sudah merebut kebahagiaanku.”
https://www.tiktok.com/@hayani100/video/6884893800620182786
Selain meluahkan kekecewaannya, Hayani bagaimanpun bersyukur kerana dia mendapat tahu tentang kebenaran bahawa lelaki itu curang di belakangnya dan tidak terus-terusan ditipu.
Ramai netizen Indonesia yang memberikan kata-kata semangat serta positif kepada Hayani. Ada yang kongsi tentang pengalaman mereka juga dan ada juga lelaki yang berseloroh mahu menjadi peneman hidupnya yang baru.