in

“Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu” – Aliff Syurki Lawat Ibu Bapa Sajat

Ft Ibu Bapa Sajat Menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah semestinya segala kontroversi yang menimpa kepada diri usahawan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ini memberikan impak kepada ahli keluarga mereka.


Sebelum ini, adiknya Nur Mustika luah rasa terkilan apabila dirinya dilemparkan tohmahan akibat perbuatan abangnya serta sedih dihina selepas berikan satu kenyataan mengenai ketiadaan Sajat selama ini.

Terbaru, usahawan yang boleh dikatakan sahabat kepada Sajat, Dato’ Aliff Syukri baru-baru ini ada melawat ibu bapa Sajat, lapor mStar Online.

 

Dia tak seceria dulu

Pastinya ibu bapa adalah orang paling terkesan berkenaan dengan penghijrahan anak mereka itu, ketika Aliff Syukri berkunjung ke kediaman orang tua Sajat, Aliff Syukri nyatakan bahawa kedua-dua ibu bapanya tidak seceria dulu.

“Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu, cuma apabila dia dengar kau dah okay semua dia lega la…dia pun ada tanya tahu tak? Aku pun tak tahu.”

“Apabila aku cerita dengan ayah dan mak kau, dia kadang-kadang menangis. Sedia dia…dia yang update dekat aku bila kau dah selamat sampai Australia. Aku pun terkejut!”

Aliff menceritakan bahawa ibu bapanya memuji anak mereka, kata mereka, Sajat adalah penyumbang utama keluarga. Lebih sebak lagi, Aliff menceritakan bahawa anak-anak angkat Sajat tertanya-tanya pasal ‘umi’ dia.

“Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu dengan umi…aku cakap umi pergi cari duit.”

Dalam sesi live di Instagram pada malam Rabu itu, Aliff Syukri juga menyatakan bahawa jika dia berada di tempat Sajat, belum tentu dia mampu berdepan dengan cabaran ini.

“Kalau aku berada di tempat kau, aku tak boleh nak lalui detik ini, aku rasa ni cabaran terhebat kau, bukan semua boleh melalui detik ini. Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat. Aku sekarang nak buat content dengan isteri sahaja.”

Kata Aliff lagi, dia dan isteri anggap Sajat sebagai sahabat dunia dan akhirat serta mendoakan yang terbaik buatnya.

 

Baca : “Sebagai sahabat saya tak mahu Nur Sajat murtad” –  Aliff Syukri Minta Sajat Serah Diri

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.