Seorang pelajar di Massachusetts, Amerika Syarikat berdepan perkara yang sangat luar biasa selepas makan leftover food dimana kaki dan jarinya terpaksa dipotong selepas mengalami keracunan makanan.
Menurut sumber dari NY Post, pelajar berusia 19 tahun itu mengalami sakit badan dan mual selepas dia memakan nasi, ayam dan lo mein (sejenis makanan cina) dari sebuah restoran.
Pelajar itu pertama kali dibawa ke hospital akibat keracunan makanan pada bulan March 2021. Selain sakit badan dan mual, pihak perubatan juga mendapati beberapa organ dalam badan pelajar itu turut gagal berfungsi dan ruam yang teruk pada seluruh kulit.
Selepas 20 jam dimasukkan ke hospital, pelajar tersebut berada dalam keadaan stabil. Namun pada awalnya suhu badan pelajar itu mencecah sehingga 105 darjah Fahrenheit (40.5 darjah celcius) dan dengupan jantung berada pada kadar 166bpm. Pihak hospital mendapati pelajar itu dijangkiti bakteria Neisseria Meningitidis selepas ujian darah dan air kencing dilakukan. Bakteria itu telah menyebabkan darah beku dan paru-parunya gagal berfungsi.
Pihak hospital terpaksa memotong kaki pelajar itu dari paras lutut ke bawah dan jarinya akibat jangkitan kuman yang sangat teruk. Pelajar itu dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan pemotongan kaki dan jari.
Maaf, min tak dapat nak share gambar keadaan kaki pelajar tu sebab ngeri sangat.
Baca: Bahaya Guna Papan Pemotong Sama, Ini Cara Elak Keracunan Makanan Dari Pakar