Malaysia diramalkan bakal menghadapi fenomena air pasang besar gelombang ke tiga dari 2 Januari hingga 5 Januari dan dari 18 Januari ke 21 Januari diikuti dengan 31 Januari sehingga 3 Februari.
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi Azmi Ibrahim dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air laut akan berada di tahap tertinggi dan merupakan faktor berlakunya banjir ketika air pasang besar.
Air pasang besar akan menenggelamkan kawasan daratan rendah jika tiada perlindungan dibuat.”
Katanya lagi, perlindungan yang biasanya diambil adalah dengan membina empangan di sepanjang pesisiran pantai bagi mengelakkan air pasang membanjiri kawasan pesisiran.
Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika paras air sungai menjadi tinggi ekoran hujan lebat. Ini kerana, air sungai ini boleh mengalir ke dalam laut dan akan bertembung dengan paras air tinggi hingga menyebabkan banjir besar berlaku.”
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan amaran menasihati orang ramai untuk berwaspada dengan fenomena air pasang yang berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari 2 hingga 5 Januari.
Menurut MKN, kawasan yang berisiko termasuk Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat, Pontian).
Pengunjung pantai juga diminta untuk berhati-hati ketika membuat aktiviti rekreasi dan bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat jika hujan lebat dan air pasang berlaku.
Sumber: Daily Express, The Rakyat Post
Baca: “Akan sebabkan bencana banjir” – Klang Bakal Dilanda Air Pasang Besar Tak Lama Lagi?