in

“Ainul sawan semula” – Bapa Adik Ainul Luah Rasa ‘Down’ Melihat Keadaan Anaknya

ft bapa adik ainul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Berita Harian ada melaporkan bahawa adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini tidak lagi kritikal bagaimanapun, adik Ainul masih direhatkan serta memerlukan sokongan ventilator di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Kini, difahamkan alat bantuan oksigen itu telahpun dilepaskan pada Jumaat lepas dan adik Ainul sudah boleh pulang pada hari Isnin atau Selasa, bagaimanapun, hati ayahnya Ahmad Safiuddin kembali hiba apabila adik Ainul sawan semula.


Dari ahad pukul 12 tengah malam sehingga lah isnin jam 7 petang non stop Ainul sawan – Ayah

Menerusi Facebook, Saifudin menyatakan bahawa dia hanya rehat dalam 10 ke 15 minit sahaja sebelum diserang sawan biarpun ia tidak seteruk pertama kali, ayah ini sedih kerana serangan itu masih tak berhenti.

“Mesti ainul sangat penat sekarang bila dia kerap low oxygen ketika sawan menyerang.”

“Ainul sebelum ini pernah demam panas di rumah, tapi tak pernah kena sawan. This time bila dia dapat jangkitan kuman yang teruk, terus dia dapat sawan. Kalau dulu dalam medical report ainul tak pernah ada sejarah sawan, tapi sekarang tertulis lah di situ yang ainul ada sawan.”

Screenshot 2022 08 23 165558

Biarpun dirinya seorang lelaki dan berjiwa kental, ayah Ainul akui air matanya juga jatuh melihat keadaan anaknya.

“Saya tak sekuat ainul. Saya dah bisik pada ainul minta dia beri sikit semangat dia pada saya.Saya rasa, semangat saya lah yang kritikal. Setiap kali berdoa, saya minta Allah ada dengan saya, minta Allah peluk saya dan tenangkan saya.”

Bagaimanapun, jiwanya kembali sedikit tenang apabila melihat adik Ainul dapat tidur dengan lena malam tadi.

“Down” tak salah, manusia memang sifatnya LEMAH.

Biarpun begitu, Saffiudin dan isteri masing-masing sedang berusaha sedang pujuk diri. Akui dirinya tengah down, dia masih mengingati dirinya bahawa Tuhan sentiasa ada.

Ia selepas Safiuddin kongsikan perbualannya dengan isteri untuk sentiasa kuat dan tabah kerana pernah harungi dugaan yang lebih mencabar sebelum ini.

Sebagai manusia biasa, dia akui bahawa dia juga ada rasa sedih dan lemah namun begitu Safiuddin menyatakan bahawa melayan perasan tidak akan selesaikan masalah.

https://www.facebook.com/ahmadsafiuddinahmadrazak/posts/pfbid02iDHMqTv9KUSSeg9eHQSLBVtqYi5ZvU6oxcgAdcdaTSUMuiwWpewRMUQTCPCisr1ol

Dia juga mengatakan bahawa setiap insan termasuk dirinya harus bangkit kembali dengan fikiran yang lebih baik.

Kami juga mendoakan agar ibu bapa ini kuat dan berharap agar adik Ainul sembuh dan dapat menikmati waktu kanak-kanaknya seperti yang lain. Amin.

Baca : Selepas Seminggu Di PICU, Ainul Mardhiah Semakin Pulih Hanya Tunggu Masa Untuk Pulang

ainul mardhiah sembuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.