Seperti tahun-tahun sebelum ni, bila tiba musim tengkujuh, banyak negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir teruk. Setakat ini, banjir di sana telah memindahkan banyak keluarga dan mengorbankan dua nyawa.
Namun siapa sangka, banjir di sana bukan je boleh menyebabkan lemas, tapi banyak lagi benda-benda merbahaya boleh berlaku yang tak terfikir dek akal kita.
Baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan kemalangan yang berlaku kepada anak buahnya di Facebook. Seorang budak lelaki telah menjadi mangsa parasit yang biasa ditemui semasa banjir berlaku; lintah.
Kejadian ngeri yang berlaku di Terengganu ini terjadi semasa kanak-kanak ini sedang bermain air banjir di rumahnya sebelum seekor lintah berjaya masuk ke dalam lubang duburnya.
Perkara ini tak disedari oleh budak tersebut mahu pun keluarganya hinggalah kanak-kanak ini mula muntah darah. Allahu kesiannyaaa
Kanak-kanak ini kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pihak hospital telah pun berjaya mengeluarkan lintah tersebut namun keadaan kanak-kanak tersebut masih kritikal dan dia kini dalam koma.
Erma Wati, ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan anak buahnya dan berharap kisah ini dapat membuka mata orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa musim banjir.
Admin doakan adik ni cepat sembuh. Aminnn