Demam Piala Asia kini sedang ‘menyerang’ peminat bola sepak khususnya peminat Harimau Malaya kerana ini merupakan edisi pertama selepas beberapa tahun skuad kebangsaan dapat berentap dalam pusingan kelayakan piala berprestij itu.
Susulan kejayaan membanggakan itu, sebuah filem arahan Afdlin Shauki bakal ditayangkan dengan judul Harimau Malaya: The Untold Journey dan teaser bagi filem tersebut sudah pun dilancarkan.
Artikel berkaitan: Diharam Tayang Di Malaysia, Ini 7 Filem Seram Indonesia Yang Sama Ngeri Macam Siksa Neraka!
Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Biopik Malaysia Yang Korang Tak Tahu Pun Pernah Wujud
Penggambaran filem tersebut sudah pun dilakukan pada bulan Oktober sehingga November tahun lalu dan kini sudah berada di fasa pasca produksi.
Official Teaser: Harimau Malaya – The Untold Journey Film#PlayOn pic.twitter.com/JaTN1ktoV2
— Balrz.tv (@balrztv) January 15, 2024
Difahamkan, filem yang dibintangi nama-nama besar seperti Tony Eusoff, Meerqeen, Erra Fazira serta ramai lagi, akan menemui penonton tahun ini.
Pun begitu, di platform media sosial X ramai yang berpendapat filem ini kelihatan sedikit hambar dan kelihatan agak kaku, lebih-lebih lagi pelakon yang melakonkan watak jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon.
Dalam pada itu, masih ada juga yang memberikan komen positif berkenaan teaser filem itu dan merasakan ia sepatutnya dihargai kerana filem tersebut seakan mencipta semula sejarah yang membanggakan dalam arena bola sepak tempatan.
Agak-agak kalau dah keluar nanti korang nak tengok tak?
Sumber: X