Masalah lubang di jalan-jalan sama ada kawasan kampung, taman perumahan, jalan raya atau highway sehingga kini boleh dikatakan tidak selesai.
Meski ada inisiatif untuk menampal semula lubang tersebut oleh pihak berkuasa, namun masalah lubang jalan ini tetap tidak selesai.
“Lu tau apa tanda bila batu nisan dipacak macam ni? ni bermaksud nyawa pengguna jalan raya menanti di lubang maut ni korang tau x..”
Seperti yang dikongsikan Brotherhood SHAH ALAM di facebook, mengenai ‘tindakan’ yang terpaksa diambil bagi mengatasi masalah jalan di kawasan tersebut.
Difahamkan selepas 12 jam ‘tindakan’ itu dilakukan, lubang tersebut telah diturap pihak berwajib. Mereka turut memuatnaik perkara tersebut di ruangan komen facebook.
“Klang biase la, pg turap ptg dh belubang blik….”
Rata-rata netizen setuju dengan tindakan yang dilakukan, malah ada yang berkongsi banyak aduan telah dilakukan namun tiada tindakan diambil.
*Mungkin ada kekangan kot, siapa tau kan…
Yang penting masalah jalan selesai kan, buat kerja atau tak wallahualam…